BIARPUN antara bintang bola sepak terkemuka di dunia, Lionel Messi membuktikan status itu bukanlah alasan untuk dia mengambil kesempatan dan berfoya-foya dengan wanita.

Buktinya, Messi tidak teragak-agak untuk menyekat akses (block) seorang peminat wanita yang sering meletakkan namanya (tag), pada setiap gambar seksi yang dimuat naik.

Suzy Cortez, seorang model terkenal di Brazil mengakui terkejut apabila mendapat tahu tindakan yang Messi itu.


Kata Cortez kepada portal The Sun, dia tidak percaya gambar-gambar yang dimuat naiknya menjadi satu bentuk gangguan kepada Messi.

Sebaliknya, Cortez percaya bintang Barcelona itu berbuat demikian kerana desakan teman wanitanya, Antonella Rocuzzo.

Rocuzzo turut menyokong tindakan Messi dengan mengambil pendekatan serupa. Beliau menyekat akses Cortez ke akaun Instagramnya.

"Messi mempunyai 40 juta pengikut. Bagaimana dia boleh perasan tentang saya?

"Tetapi apabila saya menyedari Rocuzzo juga menyekat saya, barulah saya faham," katanya.

Cortez menyifatkan teman wanita Messi sebagai tidak matang kerana merasa tergugat dengan kehadirannya.

"Saya cuma peminat, kenapa dia nak cemburukan saya?" tanya Cortez.

Rocuzzo merupakan teman wanita Messi sejak tahun 2008, namun kedua-duanya sudah saling mengenali sejak berusia lima tahun.

Mereka mempunyai dua orang anak lelaki berusia tiga tahun dan lapan bulan.