Lebih daripada 40 ekor dinosaur animatronik bersaiz sebenar dan mampu bergerak kini muncul di pameran tema Jurassic, 'Dinosaurs Alive' di Lanai di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini.
Pameran enam bulan itu bermula hari ini dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, menampilkan pertunjukan yang memberi banyak pengetahuan mengenai haiwan pra sejarah itu yang menghuni bumi 165 juta tahun lepas.
'Dinosaurs Alive' dijangka menarik pelancong tempatan dan antarabangsa melawat Kuala Lumpur sempena Sukan SEA 2017 dan cuti sekolah, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan semasa merasmikan pameran itu di sini hari ini.
"Pameran itu memberi peluang kepada tetamu negara yang datang sempena Sukan SEA ini untuk melihat dengan lebih dekat lagi haiwan-haiwan pra sejarah yang menakjubkan ini.
"Saya percaya, melalui produk pelancongan baharu ini, kita dapat menarik lebih ramai pelancong dari negara Asia dan juga negara luar lain untuk melancong ke Malaysia, seterusnya ini menjana pertumbuhan ekonomi negara," kata beliau.
Sementara itu, pengarah Dinosaurs Alive Sdn Bhd Tony Gasser berkata pengunjung dialu-alukan untuk mendampingi haiwan berkenaan, termasuk jenis Tyrannosaurus Rex yang bersaiz besar dan digeruni, yang dibawa khas untuk pameran berkenaan.
"Tyrannosaurus Rex' adalah yang terbesar dalam kalangan haiwan berkenaan dan dicipta setinggi 9 meter dan panjang 25 meter," kata beliau yang menjangka antara 5,000 hingga 6,000 pengunjung setiap hari.
Pameran itu adalah inisiatif Matic dengan kerjasama Creative Alliance and Dinosaurs Touring.
Tiket berharga RM50 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak antara tiga hingga 12 tahun.
Diskaun diberi kepada kumpulan 10 orang atau lebih disamping kumpulan sekolah 20 pelajar atau lebih.
Untuk maklumat lanjut, layari www.dinosaursalive.asia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2017
Lebih daripada 40 ekor dinosaur animatronik bersaiz sebenar dan mampu bergerak kini muncul di pameran tema Jurassic, 'Dinosaurs Alive' di Lanai di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic).
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
'Dinosaur hidup' di Matic mulai hari ini
Lebih daripada 40 ekor dinosaur animatronik bersaiz sebenar dan mampu bergerak kini muncul di pameran tema Jurassic, 'Dinosaurs Alive' di Lanai di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic).