Melania Trump, isteri kepada calon Presiden Amerika Syarikat yang mewakili parti Republikan Donald Trump, dilaporkan telah menghantar notis saman kepada beberapa media berhubung laporan yang berunsur fitnah.

Peguam yang mewakili Trump, Charles Harder, dalam satu kenyataan berkata ia berhubung satu artikel yang mendakwa beliau seorang gadis escort pada tahun 90an.

Ia diterbitkan dalam akhbar terbitan United Kingdom The Daily Mail yang memetik sebuah majalah Slovenia. Laporan itu dikongsi oleh beberapa media antarabangsa yang lain.

Sementara itu, memetik laporan CNN Money, antara media lain yang turut diberi notis saman adalah The Week, Politico, Inquisitr, Tarpley, Before It's News, Liberal America, LawNewz, Winning Democrats and Bipartisan Report.

Namun tidak semua diberi notis berhubung berkait dengan kes The Daily Mail.

Pada Isnin, Inquisitr and Bipartisan Report telah menarik laporan mereka dan memohon maaf kepada Trump.