NAMANYA mungkin tidak sepopular artis-artis lain, tetapi bagi komunti seni teater tempatan, Fazleena Hishamuddin adalah antara sosok besar yang cukup disegani.
Dikenali sebagai penulis buku puisi dan pemuitis, penulis "Seksi Ovari" ini giat berlakon dan mengarah beberapa naskhah teater yang sudah dipentaskan di beberapa lokasi di seluruh negara.
Cubaan pertamanya sebagai pengarah menerusi naskah "Kota Kelip-Kelip" pada 2015 ternyata berhasil apabila beliau disenaraikan sebagai antara finalis kategori Pengarah Terbaik bagi Anugerah Boh Cameronian.
Kini, setelah lebih 15 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni pentas, sudah tiba masanya Fazleena tampil mencari bakat-bakat baharu yang bakal meneruskan legasinya.
Cuma bezanya dengan pencarian bakat lain yang sering diadakan di studio-studio latihan, Fazleena nekad untuk masuk ke rumah-rumah anak yatim bagi mencari bakat-bakat baharu untuk digilap dan ditonjolkan dalam karyanya.
“Sebenarnya pencarian pelakon teater di rumah-rumah anak yatim sudah saya mulakan sejak pementasan Kota Kelip-Kelip pada 2015 lagi, malah semua 10 pelakon dalam pementasan berkenaan adalah penghuni-penghuni rumah anak yatim dan sekolah tahfiz,” jelasnya.
“Saya juga amat berbangga apabila salah seorang daripada pelakon cilik tersebut berjaya dinobatkan sebagai finalis Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Boh Cameronian walaupun beliau tidak pernah didedahkan dengan sebarang ilmu teater sepajang hayatnya kecuali ketika kem yang kami adakan dua minggu sebelum pementasan.”
Jelas Fazleena, daripada kalangan kanak-kanak yang beraksi dalam "Kota Kelip-Kelip" pada 2015, tiga daripada mereka sudah memilih seni persembahan sebagai laluan kerjaya mereka.
“Jadi saya lakukan perkara sama untuk karya terbaru kami yang berjudul ‘Mona ke Daerah M’ di mana saya sendiri masuk ke rumah-rumah anak yatim bagi mencari bakat baharu untuk membintangi naskhah berkenaan.”
Untuk naskhah terbaharunya, beliau yakin bakal menemukan antara 20 hingga 25 pelakon cilik dari rumah anak yatim di seluruh negara.
“Harapan saya tinggi untuk terus membuka mata masyarakat bahawa kanak-kanak yang kurang bernasib baik juga mempunyai bakat yang sama hebat dengan kanak-kanak lain sekiranya bakat mereka digilap.”
"Mona ke Daerah M" yang diterbitkan Akademi Seni TFTN bakal dipentaskan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 21 hingga 23 Disember ini.
Maklumat lanjut termasuk tiket boleh diperoleh menerusi laman web www.monakedaerahm.com.
Shafizan Johari
Fri Nov 23 2018
Gandingan suami isteri, Fazleena dan Amar Amir yang bertindak sebagai penulis skrip 'Mona ke Daerah M' berharap naskah terbaru mereka bakal merevolusi teater kanak-kanak di Malaysia. FotoAstro AWANI / Shafizan Johari
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
TikTok mulakan ujian untuk aplikasi perkongsian gambar dan teks
TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Fazleena masuk rumah anak yatim cari pelakon baharu
Berbeza dengan pencarian bakat lain yang sering diadakan di studio-studio latihan, Fazleena nekad untuk masuk ke rumah-rumah anak yatim untuk mencari bakat-bakat baru untuk digilap.