PADA Isnin viral di media sosial apabila rakaman video seorang lelaki sanggup mengadaikan nyawanya demi membuang serpihan tayar yang pecah di sebuah lebuhraya.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Facebook, Penang Kini, tindakan lelaki itu ternyata mendapat pujian netizen kerana sikap prihatinnya yang sanggup berkorban demi menyelamatkan nyawa pemandu yang lain.

Video yang berdurasi selama 43 saat itu telah ditonton lebih 39 ribu kali dan dikongsi lebih 3,000 netizen.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut memuji sikap prihatin lelaki tersebut dan mereka menggelarkan dia sebagai seorang hero.

@Khairi Junior: "Insan seperti ini la Plus ke cari untuk beri anugerah. Ingat senang ke nak jumpa orang macam ini."

@Qistina K'man: "Salute Hero. Saya pernah kena kat tanjong malim, kereta baru beli sebulan, pecah paip aircond dan hampir pecah radiator. Langgar benda tengah highway. Bila pergi report dekat plus dan trafic hanya sia-sia saja."

@Mas Mymas: "Mungkin satu dalam juta orang sahaja akan melakukan perkara seperti ini. Mulia sungguh hati hamba Allah ini, semoga beliau selamat dan dilindungi oleh Allah selalu."

@Tan Soon: Terbaik abang ni, kerana sikap yang ada ini la yang akan dapat menyelamatkan ramai orang. Bayangkan kalau benda tu ada dan moto atau keta yang langgar habis. Terbaik Abang."

@Ashraf Adam Rayyan: "Tahniah kerana telah selamatkan nyawa orang lain. Baru-baru ini pun jenuh saya mengelak tayar seperti ini dekat highway."



Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi