LAMAN sosial hari ini kecoh dengan perbualan netizen berhubung rawatan kulit seekor gajah menggunakan serbuk kunyit Adabi.
Ramai yang terkejut apabila mengetahui bahan yang biasanya dimasukkan sebagai ramuan dalam pelbagai jenis masakan, sebenarnya mempunyai banyak khasiat lain, terutama untuk kesihatan dan kecantikan.
Paling menggelikan hati adalah perbualan berantai berikut yang sempat diulang kicau oleh akaun Twitter rasmi Adabi sendiri.
Perbualan bernada gurauan berkenaan resipi 'gajah goreng kunyit' itu disertai beberapa netizen, seolah-olah mereka berada dalam sebuah program masakan.
Turut mendapat perhatian adalah pantun empat kerat yang dimuat naik Adabi.
Dalam entri mereka sebelum ini, Adabi menjelaskan beberapa khasiat tambahan serbuk kunyit yang tidak diketahui ramai, antaranya merawat luka kecil, gigitan serangga dan agen pemutih kulit.
Adabi turut memaklumkan kaedah melumur kunyit pada kulit gajah sebenarnya telah dipraktikkan di setiap zoo kerana khasiat semula jadi pada kunyit baik untuk kulit gajah.
Astro Awani
Tue Mar 19 2019
Perbualan bernada gurauan berkenaan resipi 'gajah goreng kunyit' undang ketawa netizen, malah turut diulang kicau akaun Twitter Adabi. - Twitter Adabi Consumer
Edar dadah dalam pek minuman segera, lima ditahan termasuk wanita Thailand
Polis menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine yang dibungkus dalam peket minuman segera.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang sidang akan datang
Kerangka Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sedang diperhalusi dan dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang,
Perak hilang pendapatan jika Kerajaan terus larang eksport
Perak akan kehilangan pendapatan jika Kerajaan Persekutuan terus melarang pengeksportan bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tahun lalu sahaja, negeri itu memperolehi royalti RM25.2 juta hasil eksport bahan mentah berkenaan.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tahun lalu sahaja, negeri itu memperolehi royalti RM25.2 juta hasil eksport bahan mentah berkenaan.
'Pegangan saham dalam HeiTech Padu milikan bersama Sultan Kelantan'
Farhash Wafa Salvador menjelaskan pegangan saham yang dimiliki dalam syarikat penyedia perkhidmatan teknologi, HeiTech Padu Bhd melalui syarikat Rosetta Partners Sdn Bhd, adalah milikan bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Ketua Pembangkang Singapura Pritam Singh didakwa 2 tuduhan berbohong kepada Parlimen
Ketua Pembangkang Pritam Singh didakwa atas dua pertuduhan berbohong kepada jawatankuasa Parlimen Singapura.
Cuaca panas: Kebenaran khas murid, guru pakai pakaian sukan - KPM
Semua institusi pendidikan diminta memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan semasa cuaca panas.
Agong mahu perhatian dan peruntukan saksama di semua negeri, kawal penghijrahan ke ibu kota
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan dibahagikan secara saksama kepada semua bandar di 13 negeri seluruh Malaysia.
'Lamb shank' percik nasi 'Calcutta' gamit penggemar daging kambing
Cubaan dua rakan memperkenalkan menu lamb shank percik di Bazar Ramadan Stadium Perak membuahkan hasil apabila mendapat sambutan dan laris dijual sejak hari pertama penjualannya.
Permohonan undang-undang warganegara akan dimaklumkan dalam masa setahun
Selepas selesai urusan meminda Perlembagaan Persekutuan, status permohonan berhubung undang-undang warganegara akan dimaklumkan dalam masa setahun.
KDN beri hampir 14,000 keputusan permohonan warganegara
KDN sudah memberi hampir 14,000 keputusan permohonan warganegara dan angka itu yang paling tinggi setakat ini.
Kilang baharu Adabi sasar jualan RM150 juta
Ia adalah misi Adabi dalam mengembangkan lagi pengeluaran produk di samping menjadi pelaburan baharu.
Ketupat lembik: Adabi mohon maaf
Adabi menyeru kepada pengguna supaya menyalurkan terus aduan di rangkaian laman media sosial rasmi Adabi.
POWERCAT bukan hanya untuk kucing! Adabi salur sumbangan kepada Zoo Negara
Produk keluaran Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) itu juga boleh digunakan sebagai makanan tambahan kepada haiwan-haiwan lain.
'Gajah goreng kunyit' jadi tumpuan media sosial
Perbualan bernada gurauan berkenaan resipi 'gajah goreng kunyit' undang ketawa netizen, malah turut diulang kicau akaun Twitter Adabi.