GAMBAR telur yang sebelum ini menjadi gambar memperoleh likes (sukaan) paling tinggi di Instagram, menewaskan rekod yang dipegang oleh selebriti sensasi, Kylie Jenner.

Dimuat naik pada 4 Januari lalu menerusi akaun 'world_record_egg', gambar telur semata-mata telur sahaja itu kini telah mencecah 52 juta 'like'.

Akan tetapi, ramai yang mungkin tidak tahu apakah maksud di sebalik mesej telur ini?

Melalui muat naik terbaru, telur berkenaan akhirnya lega.

"Fuh, saya kini rasa lebih lega.

"Jika kamu berasa tertekan, layari talkingegg.info untuk maklumat lanjut," jelasnya menerusi muat naik video terbaru.

Akaun instagram world_record_egg ini merupakan gerakan kempen kesedaran mengenai kesihatan mental di seluruh dunia.


Makluman ini mendapat maklum balas yang positif di ruangan komen kerana ramai yang tidak menyangka gerakan kempen kreatif seperti ini.

Melalui video yang dimuat naik, telur berkenaan menggambarkan betapa terkanan yang terpaksa dihadapi telur berkenaan sehingga ia pecah.

"Salah satu cara untuk meleraikan tekanan, ialah untuk bercakap dengan seseorang," pesan telur berkenaan.

Selepas hampir 12 jam ia dimuat naik, ia berjaya mendapat hampir 8.7 juta tontonan di Instagram.