Generasi muda gemar habiskan wang walaupun sebelum hari gaji - Jabatan Perangkaan

Generasi muda gemar habiskan wang walaupun sebelum hari gaji - Jabatan Perangkaan
Trend menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia masih tidak menggalakkan pada hanya RM6 bilion, atau 0.9 peratus simpanan isi rumah yang direkodkan dalam 2014. -Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Trend menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia masih tidak menggalakkan pada hanya RM6 bilion, atau 0.9 peratus simpanan isi rumah yang direkodkan dalam 2014, berdasarkan kepada Matriks Perakaunan Sosial (MPS).

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, berkata sekarang ini, generasi muda gemar menghabiskan wang walaupun sebelum hari gaji, sebagai contoh, membeli kereta baharu atau menukar telefon pintar melalui kredit.
"Ini bertentangan dengan generasi yang lebih tua yang lebih suka menguruskan kewangan dengan menangguhkan pembelian mereka bagi tujuan menyimpan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran dan taklimat MPS mengenai Perangkaan Sosioekonomi untuk Suku Ketiga pada Isnin.

MPS menyediakan input penting bagi pengagihan perbelanjaan dan pendapatan dalam analisis fiskal.

-- BERNAMA