Gaji seorang pekerja warga Bangladesh melebihi RM5,000, ramai warga media sosial yang terkejut.

Apabila sekeping slip gaji milik seorang pekerja asing itu tersebar di laman sosial, ramai yang teruja dan kagum dengan kesungguhan yang dimilikinya.

Slip gaji tersebut memaparkan jumlah keseluruhan gaji sebulannya berjumlah RM5241!

Gaji pokok pekerja terbabit ialah RM900 namun jumlah tersebut berganda apabila ditambah dengan elaun dan bayaran kerja lebih masa.

Bayaran kerja lebih masa sahaja berjumlah RM1734.

Slip gaji
Gambar slip gaji pekerja asing warga Bangladesh yang tersebar di Facebook.

Warga media sosial kebanyakan bersetuju gaji yang dibayar setimpal dengan penat lelah individu terbabit.

Ini berdasarkan fakta kebanyakan pekerja asing bekerja 26 hari sebulan dengan waktu bekerja kira-kira 10 hingga 15 jam sehari.

Komen
Sebahagian komen di Facebook.

Namun tidak kurang juga yang mempertikaikan perkara tersebut dengan menyatakan pekerja asing tidak mempunyai komitmen dari segi meluangkan masa untuk keluarga, justeru mereka mampu bekerja dalam tempoh yang lama dan tanpa cuti yang panjang.