Tahukah anda 3 peratus daripada golongan dewasa di Malaysia yang dilahirkan sebelum pelaksanaan vaksinasi Hepatitis B pada tahun 1989 dan 95 peratus daripada 380,000 orang menghidapi Hepatitis C tidak sedar bahawa mereka terjangkit, terutamanya golongan gelandangan?
Bagi meningkatkan kesedaran tentang keseriusan penyakit ini, Persatuan Membasmikan Hepatitis Malaysia (HFM) berganding bahu dengan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls) menerusi tayangan filem berjudul 'Orang Itu'.
Pengarah Eksekutif WOMEN:girls berkata gelandangan bukan lagi isu asing di Malaysia, lebih-lebih lagi di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur.
Kepayahan golongan ini menempuh hidup setiap hari tanpa tempat berlindung dan penjagaan kesihatan yang sempurna pastinya tidak terbayang dek akal fikiran kita.
Ngai Yuen, yang mendapat ilham daripada situasi keadaan tersebut, berkata penghasilan filem ini memberi fokus tentang kisah dan persoalan mengenai manusia gelandangan.
“Kami cuba menggunakan filem ini sebagai alat untuk mengumpul dana supaya kami boleh mendapatkan kit ujian Hepatitis untuk diberikan kepada komuniti-komuniti jalanan di Kuala Lumpur.
“Ini penting kerana komuniti jalanan tidak tahu status kesihatan mereka dan sekiranya mereka tidak menjalani ujian tersebut, mereka tidak akan tahu.
“Saya berpendapat bahawa kami tidak memberikan bantuan tersebut dan kami perlu memberikan akses kepada maklumat dan penjagaan kesihatan yang lebih baik,” kata Ngai Yuen ketika ditemui di tayangan media filem ‘Orang Itu’ pada Khamis.
Menyedari kehebatan impak filem tersebut, Presiden Persatuan HFM, Prof Dr Rosmawati Mohamed, berkata pihaknya amat teruja untuk bekerjasama dengan WOMEN:girls dalam usaha kempen 'Find The Missing Thousands' bagi memberikan perhatian serius kepada mereka yang memerlukan.
“Hepatitis telah dirujuk sebagai pembunuh senyap, kedua-duanya Hepatitis B dan C. Dan ramai yang tiada menunjukkan sebarang simptom sehingga peringkat akhir.
“Di peringkat dunia, jika kami bercakap tentang kematian, virus Hepatitis B dan C adalah wabak kerana kebimbangannya bukan sahaja kerana ia lebih tinggi berbanding dengan kematian yang diakibatkan HIV, Tuberculosis dan Malaria.
“Apa yang lebih membimbangkan adalah wabak virus Hepatitis ini masih meningkat,” jelas Rosmawati.
Filem ‘Orang Itu’ bakal menemui penonton pada 16 Oktober ini di tayangan eksklusif Majlis Tayangan Gala di panggung wayang GSC Pavilion dan kempen tersebut akan dijalankan selama enam bulan.
Isabelle Leong
Thu Sep 20 2018
Filem Orang Itu bakal menemui penonton pada 16 Oktober ini di tayangan eksklusif Majlis Tayangan Gala di panggung wayang GSC Pavilion dan kempen tersebut akan dijalankan selama enam bulan.
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Perjuangan menentang penyakit TB perlu pendekatan menyeluruh
TB boleh merebak melalui udara apabila individu yang dijangkiti penyakit itu batuk, bersin atau meludah tetapi ia boleh diubati.
3 kanak-kanak positif difteria dibenar pulang esok
Pemeriksaan terhadap kesemua individu itu dilakukan terhadap mereka yang berhampiran atau mereka di sekeliling kanak-kanak terlibat.
HFM, WOMEN:girls tekad basmi Hepatitis menerusi filem 'Orang Itu'
Tahukah anda, 95% daripada 380,000 orang menghidapi Hepatitis C tidak sedar bahawa mereka terjangkit, terutamanya golongan gelandangan?
Kes HFMD: Jantung gagal berfungsi jika tiada rawatan dari awal
Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Rohani Jahis, penyakit HFMD jarang boleh menyebabkan kematian.
Elak hantar anak ke sekolah sekiranya ada tanda HFMD - Dr Sahruddin
Menurut Dr Sahruddin, ibu bapa dan guru juga boleh menjalankan aktiviti pembersihan atau semburan disinfeksi pada kerusi, meja dan barang mainan anak-anak dan murid-murid mereka.
Elak penyakit berjangkit, pekerja asing wajib jalani pemeriksaan kesihatan lebih kerap
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bagi mengelakkan peningkatan kes penyakit berjangkit yang berlaku di negara ini.
Dr Siti Hasmah kecewa ibu bapa tolak pemberian vaksin
Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap segelintir ibu bapa yang menolak pemberian vaksin kepada anak-anak mereka.