MERDEKA, Merdeka, Merdeka!

Tahun ini Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-63, tetapi sambutannya agak berbeza kerana ia harus dilakukan dalam gaya norma baharu mengengkang penularan wabak COVID-19

Oleh sebab itu, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam menjaga keharmonian dan keselamatan negara, kita seharusnya mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan.

Namun dalam keriangan kita menyambut bulan kemerdekaan, ini antara berita yang menjadi tumpuan masyarakat sepanjang bulan Ogos.


DR NOOR HISHAM DIANUGERAHKAN PANGKAT TAN SRI OLEH YDP AGONG

Membaca berita ini, mungkin akan membuatkan anda rasa setuju dan gembira.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham merupakan antara individu yang dikurnia Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.

Gelaran tersebut dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang telah berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham juga telah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442 Hijrah/2020M.

Tahniah Tan Sri Dr Noor Hisham, semoga sentiasa memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia!

BACA : Dianugerahkan 'Tan Sri' oleh Agong merupakan penghargaan buat warga KKM - Dr Noor Hisham

BACA : Normal baharu hijrah rakyat perangi COVID-19 - Dr Noor Hisham





LETUPAN DAHSYAT DI BEIRUT, LUBNAN

Berita ini bukan sahaja menjadi tumpuan rakyat Malaysia malah seluruh dunia.

Ini berikutan berlaku satu letupan besar yang menggegarkan ibu kota Lubnan, Beirut sehingga mencederakan puluhan orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Letupan yang berpunca daripada 2,750 tan ammonia nitrat yang disimpan bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan itu, telah membunuh sekurang-kurangnya 190 orang manakala lebih 4,000 lagi cedera.

Letupan di kawasan pelabuhan itu turut memusnahkan sebahagian besar radius kawasan tersebut dan menyebabkan beberapa bangunan di ibu negara Lubnan itu rosak teruk.

BACA : Apa anda perlu tahu tentang tragedi letupan Beirut

BACA : Detik indah pengantin baharu bertukar kecoh susulan letupan kuat di Beirut

BACA : PM ucap takziah pada rakyat Lubnan

BACA : Letupan di Beirut: Agong nasihat rakyat Malaysia di Lubnan berhati-hati





DULU JERIT DALAM HATI, SEKARANG TOPENG MENJERIT PULA

Kreatif sungguh mereka!

Jika sebelum ini penunggang roller-coaster di taman tema taman tema Fuji-Q Highland, Jepun diminta menjerit dalam hati bagi mengelak penyebaran COVID-19, kini pihak pengendalinya menawarkan pula pelekat pelitup muka khas kepada pengunjung supaya mereka boleh 'menjerit dengan senyap'.

Di pintu masuk sebelum menaiki roller-coaster, pengunjung boleh memilih mana-mana daripada lima rekaan pelekat dengan imej grafik 'mulut yang sedang terbuka luas' untuk dipakai pada pelitup muka.

BACA : Selepas diminta jerit dalam hati, pengunjung diberi pula pelekat 'mulut menjerit'






KEDEKUT MARKAH? AJAI DISERANG NETIZEN

Nama komposer dan penyanyi, Ajai trending di sosial media apabila memberikan markah paling rendah dalam sejarah program hiburan kepada salah seorang peserta Big Stage, Hafiz Zainal.

Tindakan Ajai dalam program yang melahirkan juara Sarah Suhairi dan Han Byul pitu telah mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Namun selepas seminggu, penyanyi yang popular dengan lagu Keliru itu membuat permohonan maaf secara terbuka semasa siaran langsung konsert minggu kedua Big Stage, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.


BACA : "Kalau boleh saya nak bagi kosong" - Komen Ajai kenapa kedekut markah

BACA : "People will hate me, i don't mind" - Ajai

BACA : "Saya akui saya salah" - Ajai mohon maaf kepada Hafiz Zainal








KENAPA MIRA FILZAH MOHON MAAF?

Nama pelakon dan pengacara, Mira Filzah trending di media sosial gara-gara gambarnya memakai pakaian tradisional kaum India untuk penggambaran sebuah produk kanta lekap.

Melalui satu ciapan di Twitter, seorang pengguna sosial media tersebut menulis: "Cultural appropriation queen must feel nice to profit off our culture."

.

Selepas ciapan ini dimuat naik, ia menjadi perdebatan hebat dalam kalangan netizen.

Namun, kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu, pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu terus meminta maaf dan menyatakan sebab sebenar dia memakai pakaian tersebut.

BACA : Mira Filzah minta maaf, tiada niat cetus isu

Tetapi sempena bulan Kemerdekaan ini, seorang pengguna media sosial, Hanif Jamal telah mengajak pengguna media sosial yang lain untuk berkongsi gambar mereka bersama rakan-rakan dari pelbagai latar belakang dan bangsa.


Ini antara respons netizen dilaman Twitter.



HAFIZH SYAHRIN TERBABIT KEMALANGAN DI GP AUSTRIA, DISAHKAN STABIL

Berita kemalangan pelumba Moto2 Negara, Hafizh Syahrin benar-benar mengejutkan rakyat Malaysia ketika perlumbaan Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring.

Hafizh yang mewakili pasukan Aspar telah merempuh jentera Enea Bastinni yang terjatuh ketika mengambil selekoh, menyebabkan motosikalnya mengalami kerosakan teruk dan dia terpelanting sebelum terhempas di atas litar.

Tetapi, keadaan Hafizh dikhabarkan stabil namun tempatnya digantikan oleh Alejandro Medina untuk perlumbaan seterusnya.

BACA: Hafizh Syahrin terbabit kemalangan di GP Austria, disahkan stabil

BACA: 'Saya masih merasa impak kemalangan' - Hafizh Syahrin

BACA: "Alhamdulillah, Hafizh okay" - Isteri



Dapatkan juga berita-berita menarik daripada Astro AWANI melalui pautan di bawah:

BACA : Tarik nafas anda, Januari sudah berlalu

BACA : Februari pun berlalu... ini imbasan isu gempar yang berlaku

BACA : Selamat tinggal Mac, April bawa harapan baharu pada masyarakat dunia

BACA : Ini imbasan topik April lalu, sementara meneruskan cabaran bulan Mei

BACA : Aidilfitri normal baharu, selamat tinggal Mei

BACA : Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Jun 2020

BACA :
Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Julai 2020