AKTIVITI swafoto atau selfie bukanlah asing lagi, malah rata-rata pengguna telefon pintar kini menggunakan cara itu untuk mengabadikan kenangan di tempat-tempat tertentu.

Namun, tidak ramai yang merasakan aktiviti itu satu aktiviti yang berisiko hingga boleh mengundang bahaya serta ancaman kepada nyawa.

Menurut Telegraph.co.uk, satu kajian global menunjukkan terdapat 127 laporan mengenai kematian akibat selfie direkodkan dalam masa 18 bulan iaitu di antara Mac 2014 sehingga September 2016.

Walaupun ia bukan satu angka yang besar namun kejadian itu dilihat tragis kerana mereka yang maut bagai mengambil gambar kematian sendiri di telefon pintar.

Kajian itu juga menunjukkan India mencatatkan jumlah kematian ketika selfie paling tinggi dengan rekod laporan lebih dari 60 peratus.

Diselenggarakan oleh Universiti Carnegie Mellon di Pennsylvania dan Institusi Informasi Indraprastha di Delhi, kajian itu juga mendapati 76 dari 127 laporan yang diterima berlaku di India.

Malah, bandar Mumbai dilihat satu lokasi merbahaya untuk orang mengambil selfie.

Jun lalu, seorang pelajar 17 tahun mati lemas kerana mengambil selfie di pinggir laut bandar itu. Pelajar berkenaan yang sedang asyik mengambil gambar sendiri tidak sedar ombak besar telah datang dan menghanyutkan dirinya ke tengah laut.

Pihak berkuasa di bandar itu telah bertindak mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan khidmat polis ketika cuaca buruk di pantai.

Anggota polis akan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mendekati pantai untuk mengambil selfie ketika cuaca tidak mengizinkan.

Ini senarai 20 negara yang mencatatkan kematian tinggi akibat selfie, menurut kajian berkenaan:

Orang kurang upaya (OKU) boleh mendapat bantuan daripada Polis Bantuan kami atau sebarang petugas lain di platform.