Apple, Salesforce dan Facebook mengungguli carta syarikat yang berjaya menarik dan mengekalkan bakat-bakat hebat.

Senarai ini dihasilkan oleh laman rangkaian profesional LinkedIn berdasarkan reaksi 433 juta penggunanya menggunakan laman itu dan berinteraksi bersama beberapa syarikat dan kakitangannya.

Selain itu, kajian ini turut mendapati bahawa budaya bekerja sudah berbeza.

Ini kerana golongan pekerja, khususnya dari golongan millenia mahu fleksibiliti dari segi waktu berkerja atau lokasi dimana mereka boleh berkerja.

Sebagai contoh, Suncorp Group membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah.

Selain itu, para pekerja akan memilih untuk bekerja di syarikat yang menawarkan pakej yang berpatutan dan juga faedah tambahan seperti latihan dan pendidikan.

Berikut adalah senarai 20 syarikat yang berjaya menarik dan mengekalkan bakat-bakat hebat di dalam syarikat mereka.

Turut serta adalah penerangan ringkas tentang syarikat itu dan antara faedah yang menarik.

1. Apple

Apple merupakan pengeluar produk elektronik terkemuka di dunia. Antara produk popular mereka adalah iPhone, iPad, Apple TV dan juga MacBook.

Ia mempunyai 100,000 pekerja, di mana 30 peratus dari tenaga kerja mereka merupakan pekerja kedai.

Ia menawarkan pelbagai fleksibiliti untuk pekerja termasuk peluang untuk memiliki saham Apple Inc.

2. Salesforce

Salesforce merupakan syarikat cloud computing yang diasaskan pada 1999 oleh Marc Benioff dan Parker Harris.

Syarikat itu menawarkan pakej yang lumayan kepada 20,000 pekerjanya. Ia turut menempatkan zon meditasi di setiap tingkat kerana kesejahteraan pekerja diutamakan.

Gambar: AFP

3. Facebook

Facebook merupakan antara rangkaian media sosial paling popular ketika ini yang diasaskan pada 2004 oleh Mark Zuckerberg.

Pendapatan Facebook Inc meningkat 40 peratus dalam tempoh 14 suku berturut-turut.

Pada 2015, Facebook mengumumkan polisi cuti bersalin bergaji selama empat bulan untuk semua pekerjanya, tanpa mengira jantina.

Gambar: Google Inc

4. Google

Google merupakan sebuah syarikat enjin carian terkemuka dunia dengan 60,000 pekerja.

Ia menawarkan tempat kerja yang lengkap seperti kafe dan spa. Ia juga akan mengundang personaliti berpengaruh untuk memberi ceramah motivasi.

Gaji yang diberikan berdasarkan pekerjaan dan bukan berdasarkan gaji yang diterima di tempat kerja lama.

Gambar: AFP

5. Amazon

Amazon merupakan kedai atas talian yang terbesar yang diasaskan oleh Jeff Bezos pada 1994.

Ia menawarkan pakej gaji yang lumayan dan ia turut menyediakan sistem mentor kepada wanita dalam sektor kejuruteraan.

6. Microsoft

Microsoft ditubuhkan pada 1975 oleh Bill Gates dan kini merupakan syarikat perisian terunggul, termasuk produknya Microsoft Office.

Ia juga telah menghasilkan produk hiburan seperti Xbox 360.

Di ibu pejabatnya yang terletak di Redmond, Washington, ia mempunyai restoran, kafe, kedai dan padang sukan.

7. Uber

Perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber beroperasi di 444 bandar di seluruh dunia.

Walaupun sering mendapat kritikan, khususnya oleh pemandu teksi tempatan, Uber terus unggul dan menarik jurutera, pengurus produk dan operasi dari seluruh dunia untuk sama-sama merealisasikan visi Uber.

8. Unilever

Unilver mempunyai rangkaian jenama barang kegunaan harian termasuk Wall’s, Sunsilk, Dove, dan Lady’s Choice.

Syarikat itu mempunyai 169,000 pekerja di seluruh dunia.

Ia mempunyai ‘Future Leaders Programme’ untuk menyediakan latihan dan bimbingan kepada pekerja baru agar mereka boleh naik menjadi pengurus dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

9. Coca-Cola

Coca-Cola merupkan minuman kola berkarbonat popular di dunia.

Ia diperkenalkan pada 1886 namun terus unggul hingga hari ini.

Syarikat ini juga menawarkan pakej yang lumayan sesuai dengan kehendak golongan millenia.

Antaranya, ia menawarkan cuti bersalin bergaji untuk enam minggu untuk semua ibu-bapa baharu. Ia mempunyai 123,000 pekerja di seluruh dunia.

10. Johnson & Johnson

Johnson & Johnson merupakan pengeluar peralatan perubatan, farmaseutikal dan barangan pengguna yang diasaskan pada 1886.

Ia sering mencari pelbagai kaedah untuk membuat pekerjanya gembira.

Terbaru, ia menghampuskan sistem penilaian diri sendiri untuk pekerjanya kerana ia mempunyai implikasi budaya di negara lain.

Bagi golongan bapa baru, ia menawarkan cuti bergaji selama lapan minggu.

11. Oracle

Antara produk utama Oracle adalah pangkalan data dan perisian perusahaan yang diasaskan oleh 1977 oleh Larry Ellison, Bob Miner dan Ed Oates.

Hampir 38 peratus tenaga kerja di Oracle terdiri dari golongan millennia dan mereka dilatih untuk mengendalikan persekitaran yang mencabar.

Gambar: AFP

12. Nestle

Nestle merupakan syarikat pengeluar makanan dan minuman dari Switzerland dan mempunyai 2,000 jenama.

Atas usaha untuk menangani pengangguran dikalangan golongan belia, ia tekad untuk mengambil 10,000 golongan belia dan 10,000 pelatih dari Eropah menjelang 2016.

13. Deloitte

Deloitte merupakan syarikat audit antarabangsa dan menerima 1.9 juta permohonan pekerjaan setiap tahun.

Ia mempunyai 225,00 pekerja dan memberi pelbagai maanfaat kepada pekerjanya termasuk latihan dan pendidikan lanjut.

14. PepsiCo

PepsiCo mempunyai 22 jenama dibawahnya termasuk jenama utamanya Pepsi, Tropicana dan Lay’s.

Ia merupakan syarikat yang baik untuk mengajar tentang pemasaran dan membangunkan pelbagai produk.

Ia juga memberi latihan kepada golongan profesional menerusi PepsiCo University.

Gambar: AFP

15. Adobe

Adobe merupakan syarikat disebelik perisian Photoshop dan Acrobat.

Ia mempunyai 14,000 pekerja dan yakin salah satu dari mereka mempunyai potensi untuk melancarkan produk yang bakal menjadi popular.

Selaras dengan itu, ia melancarkan program Kickbox untuk menolong para pekerja uji idea mereka.

Mereka turut diberi $1,000 untuk membangunkan idea mereka.

16. Shell

Syarikat minyak Shell mempunyai 95,000 pekerja di seluruh dunia dan dikenali untuk pakej lumayan dan kemajuan kerjaya.

Para pekerja juga senang bekerja di syarikat itu kerana budaya pekerjaan dan juga peluang untuk bekerja dengan projek yang bermakna.

17. L’Oreal

Syarikat kosmetik terkemuka dari Perancis dan mempunyai 32 jenama dibawahnya termasuk Kiehl’s Garnier, Maybelline, dan Lancome.

Antara pakej yang diterima adalah cuti bersalin bergaji selama 14 minggu.

18. Diageo

Syarikat Diageo merupakan syarikat pengeluar minuman alkohol terkemuka dengan beberapa jenama dibawahnya.

Ia mempunyai 33,000 pekerja dan memberi beberapa peluang untuk perkembangan kerjaya.

Ia juga mempunyai tarikan kepada mereka yang mempunyai pemikiran global kerana mempunyai pelbagai tugasan di luar negara.

19. McKinsey & Co.

Syarikat perundingan pengurusan merupakan sebuah syarikat yang ternama.

Bekas kakitangan syarikat ini termasuk Sundar Pichai dari Google, Sheryl Sandbery (Facebook) dan James Gorman (Morgan Stanley). I

Ia juga melabur sebanyak AS$100 juta untuk pembangunan profesional pekerja mereka.

Gambar: AFP

20. IBM

Antara industri yang diceburi syarikat teknologi maklumat ini termasuk perisian komputer dan pengurusan perkhidmatan IT.

Ia mempunyai 377,000 pekerja.

Tahun ini, IBM menghentikan semakan prestasi tahunan pekerjanya dan memperkenalkan sistem ‘Checkpoint’ untuk mendapat maklum balas dari semasa ke semasa.

Ini senarai penuh 40 syarikat yang paling diingini oleh tenaga kerja dunia.

Anda ingin bekerja di cawangan syarikat-syarikat ini yang ada di Malaysia? Klik pautan ini.