DI SESETENGAH tempat, tahun baharu merupakan big deal dan diraikan secara besar-besaran.

Biarpun 1 Januari 2019 sudah hampir berakhir, namun rasanya belum terlambat untuk berkongsi serba sedikit tentang sambutan tahun baharu.

1. Tahun baharu pada awalnya disambut pada bulan Mac, sekitar 4,000 tahun lalu. Orang Babylon menyambut tahun baharu dengan keraian selama 11 hari untuk menyambut permulaan musim bunga dan tanaman mula ditanam.

2. Januari dinamakan sempena Janus, dewa mengikut agama dan mitos kuno Rom, yang mempunyai dua wajah, satu wajah melihat ke belakang dan satu lagi melihat ke hadapan.

3. Antara tradisi pelik semasa sambutan tahun baru ialah makan 12 biji buah anggur ketika jam tepat 12 tengah malam, 1 Januari. Ia diamalkan oleh penduduk Mexico, dan dipercayai membawa nasib baik selama 12 bulan.

4. Lagu Auld Lang Syne merupakan New Year's anthem di Barat. Ia membawa maksud 'masa berlalu', dan ditulis oleh penyair Scotland, Robert Burns pada tahun 1788.

5. Negara Pacific Island iaitu Samoa dan Kiribati (juga dikenali sebagai Pulau Krismas), merupakan yang terawal menyambut tahun baharu.

6. Tradisi New Year's kiss yang diamalkan masyarakat Barat adalah atas kepercayaan mereka bahawa nasib mereka pada tahun tersebut akan ditentukan oleh dengan siapa yang bersama mereka ketika tahun baharu menjelma.

Semua orang di dunia ini mempunyai sebab tersendiri mengapa peralihan tarikh 1 Januari setiap tahun itu disambut. Pada dasarnya ia sebagai cara untuk mengisi waktu pada penghujung kalendar dengan suatu yang menyeronokkan dan santai.

Ada pula yang menyambutnya kerana ia sudah diibarat tradisi global, yang jika diraikan secara santun dan bersederhana, ia tidak melanggar sebarang hukum berdasarkan kepercayaan dan prinsip hidup masing-masing.

Pastinya ia bukan suatu menjadi masalah selagi pengisian sambutan itu tidak melanggar tatasusila, hukum agama, norma tempatan dan tertib bermasyarakat.

Apa tujuan anda menyambut tahun baharu? Anda sendiri ada jawapannya.