MUNGKIN ada yang beranggapan soal penjagaan diri semasa krisis COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini bukan perkara utama untuk diberi perhatian.
Namun sebaliknya, hal penjagaan diri ketika ini adalah amat penting dan sangat disyorkan.
Memetik laporan HuffPost, pakar terapi di San Diego, Jennifer Chappell Marsh mendedahkan, ketika apa-apa krisis yang melanda, penjagaan diri selalunya diabaikan dan ia adalah perkara terakhir yang akan dilakukan semula.
Mungkin ada antara kita yang mengabaikan penjagaan diri kerana menyangka ia adalah perkara yang bersifat mementingkan diri sendiri sedangkan ada orang lain yang berhadapan dengan perkara merumitkan.
Realitinya, jika anda menjaga diri sendiri, ia membolehkan anda membantu orang lain yang memerlukan.
Menurut Chappell, menjaga diri sendiri bukanlah perkara mementingkan diri, tetapi ia membolehkan kita menjaga orang lain yang memerlukan.
Ini adalah lapan tip mudah penjagaan diri yang anda boleh lakukan di rumah walaupun ketika krisis COVID-19;
1) Senaraikan aktiviti yang membuatkan anda rasa lebih positif
Antara aktiviti yang dapat memberikan anda aura positif termasuklah berjalan santai di luar kawasan rumah, membelai haiwan peliharan, bermeditasi, melukis, memasak, mengemas rumah, mendengar Podcast atau apa sahaja yang dapat menaikkan semangat anda.
Senarai ini anda boleh letakkan dalam aplikasi ‘note’ dalam telefon pintar anda atau anda boleh lekatkan di papan tanda di dalam bilik atau di mana-mana yang mudah untuk anda lihat sebagai peringatan.
Jadi, apabila anda merasa letih atau ‘burnout’ terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, lihat semula senarai ini dan lakukan perkara yang boleh menaikkan kembali mood anda.
2) Terhadkan waktu bekerja
Ketika ini, masih ramai yang bekerja dari rumah sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan penularan COVID-19.
Untuk mengelakkan rasa terbeban dengan kerja, tetapkan jadual bekerja di rumah sama seperti jika anda pergi ke pejabat sebelum ini.
Contohnya, jika sebelum ini anda mula bekerja pada jam 9 pagi, di rumah juga anda sepatutnya bermula kerja pada jam 9 pagi.
Tetapi jika hari anda cuti, pastikan bahan-bahan bekerja seperti komputer riba atau fail kerja diletakkan di satu tempat yang tidak boleh anda lihat. Bak kata pepatah, out of sight, out of mind.
3) Buat 'Senarai Selesai'
Kebanyakan orang tidak produktif ketika krisis pandemik ini lebih-lebih lagi apabila diarahkan untuk duduk di rumah - dan ia adalah perkara yang sangat difahami.
Tetapi apabila melihat dari sudut lain, pelbagai perkara yang sepatutnya dilakukan tidak dapat dihabiskan dan ia akan membuatkan anda berasa lebih letih.
Jadi, dengan adanya 'Senarai Selesai', beban yang anda rasa itu dapat dikurangkan.
Tidak kira sama ada perkara itu adalah kecil atau besar, anda senaraikan apa yang perlu dilakukan dan selepas selesai, tandakan ia.
4) Mula membaca buku baharu
Jika sebelum krisis pandemik ini, anda ada membeli beberapa buah buku baharu, ini adalah masa yang sesuai untuk anda meluangkan masa membaca.
Setiap hari, cuba luangkan sekurang-kurangnya 30 minit membaca.
Ia tidak semestinya secara terus, anda mungkin boleh membahagikan masa tiga kali sehari untuk mencukupkan 30 minit itu.
5) Cuba senaman pernafasan
Bagi anda sering merasa letih dan tidak sedap badan, cuba senaman pernafasan mudah ini yang hanya mengambil masa lima minit!
Langkah 1: Tarik nafas selama empat saat
Langkah 2: Tahan nafas selama empat saat
Langkah 3: Hembus nafas dalam masa sempat saat
Langkah 4: Tahan nafas sekali lagi selama empat saat
Langkah 5: Ulang kesemua langkah selama lima minit
6) Bersenam
Bagi anda yang sering ke gimnasium, penutupan pusat sukan itu pastinya mengecewakan. Namun, ia bukanlah alasan untuk anda menghentikan rutin aktif yang sering dilakukan.
Ketika ini, ramai jurulatih kecergasan yang mengambil pendekatan untuk mengajak orang ramai untuk melakukan senaman di rumah masing-masing.
Walaupun ia bukanlah senaman high-intensity, namun kebanyakan pergerakan senaman yang dilakukan dapat mengembalikan mood anda.
7) Melakukan regangan badan
Selain bersenam, anda juga boleh mengambil pendekatan melakukan regangan badan bagi mengurangkan tekanan.
Anda disarankan untuk melakukan dua atau tiga regangan badan dalam kadar masa yang tertentu dan setiap regangan lakukannya selama dua minit.
8) Berlembut pada diri sendiri
Kami pasti waktu ini sukar buat anda.. Tetapi ia tidak bermakna anda perlu memarahi dan berasakan diri anda tidak bagus hanya kerana merasakan tidak bermotivasi.
Sebaliknya, anda disarankan untuk memberikan kata-kata semangat kepada diri sendiri.
Sematkan dalam ingatan, anda tidak berseorangan menempuhi waktu sukar ini.
Nursyazwani Saiful Sham
Sun May 17 2020
Realitinya, jika anda menjaga diri sendiri, ia membolehkan anda membantu orang lain yang memerlukan. - Gambar hiasan
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Ramadan bukan alasan aktiviti minggu pertama persekolahan tidak boleh dilaksana - KP Pendidikan
Hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) melalui aktiviti minggu pertama adalah untuk melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.
Elak gajet, kerap buat aktiviti bersama anak
Ibu bapa seharusnya lebih kreatif dalam merancang dan menentukan suasana pembelajaran yang berkesan kepada anak-anak.
Hari Malaysia: Ubah stigma perpustakaan hanya untuk baca buku, membosankan
Terdapat pelbagai pengisian aktiviti boleh dianjurkan di sini, di samping menjadi medan menghimpunkan rakyat berbilang kaum.
Juh ngabas Walk About Kuching 2022 di Kuching Oktober tok
Orang ramai berpeluang untuk mengikuti satu lagi acara pelancongan hiburan terulung di Sarawak pada festival What About Kuching (WAK2022) sepanjang Oktober depan.
Aktiviti menangguk ikan bukan perkara asing untuk warga emas
Aktiviti 'menangguk ikan' mungkin bukanlah aktiviti asing bagi mereka yang berada dalam kelompok usia emas namun bagi generasi muda, mungkin ramai yang tidak mengetahuinya.
DBKL tutup hotel jalankan aktiviti tidak bermoral
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup serta-merta sebuah hotel di Jalan Pudu Ulu di sini kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral dalam premis berkenaan.
Pas tangguh semua program parti di Perlis
Arahan melibatkan semua jenis aktiviti termasuk program kuliah di semua premis milik parti.
Taman Negara Pahang beroperasi semula hari ini
Pahang tidak terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
PKPB Labuan: Perhimpunan ramai adalah dilarang - MKN Labuan
Usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 kini memasuki gelombang ketiga, dengan sebanyak 92 kes positif direkodkan, setakat ini.
Pulau Pinang batal semua aktiviti, sambutan perayaan tahun ini
Pulau Pinang membatalkan semua aktiviti dan sambutan perayaan sehingga hujung tahun ini berikutan situasi semasa negara yang sedang berdepan pandemik COVID-19.