IOJ kongsi keceriaan 'Jom CNY' bersama gelandangan

IOJ kongsi keceriaan 'Jom CNY' bersama gelandangan
Kira-kira 250 gelandangan di sekitar ibu kota hari ini berkumpul di Pusat Transit Gelandangan bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina, anjuran Institu Onn Ja'afar (IOJ).
KUALA LUMPUR: Lebih  250 gelandangan di sekitar ibu kota dapat merasakan keceriaan di Pusat Transit Gelandangan hari ini yang berkongsi kemeriahan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina, anjuran Institut Onn Ja'afar (IOJ).

Sambutan 'Jom CNY' yang turut mendapat tajaan Pelaburan MARA Berhad serta sokongan Gombak Food Delivery Privilege itu bertujuan untuk memeriahkan perayaan Tahun Baharu Cina, khususnya kepada golongan kurang bernasib baik.

 "Syukur, kita dalam lihat bagaimana majlis ini dapat menggembirakan mereka yang tinggal di rumah transit ini,"  - Datuk Nazim Rahman
Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan MARA, Datuk Nazim Rahman berkata kerjasama itu merupakan sebahagian tanggung jawab sosial korporat syarikat.

"Kita melihat permasalahan sosial, permasalahan ekonomi di kawasan sekitar Jalan Chow Kit.
"Syukur, kita dalam lihat bagaimana majlis ini dapat menggembirakan mereka yang tinggal di rumah transit ini," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Acara yang berlangsung sepanjang hari ini menyaksikan pelbagai aktiviti termasuk, majlis makan, Tarian Naga dan pemberian Ang-Pau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IOJ, Charles Mohan berkata bekas penghuni, dan keluarga masing-masing di Pusat Transit ini turut dijemput pada majlis ini.

"Ini merupakan tahun ketiga kami anjurkan majlis 'Jom CNY' dan sebelum ini kami juga adakan 'Jom Raya' ketika sambutan aidilfitri dan 'Jom Diwali' pada Deepavali di pusat ini," kata Charles.

bekas penghuni, dan keluarga masing-masing Pusat Transit ini turut dijemput pada majlis ini.
Rata-rata penghuni dan gelandangan yang ditemui gembira dan berterima kasih dengan majlis yang diadakan.

Bagi Charles Chua yang berasal dari Muar, Johor dan baru sahaja menjadi penghuni rumah transit sejak dua minggu lalu, dia terharu dengan sambutan yang diadakan.

"Majlis ini sangat menyeronokkan. Walaupun saya tidak dapat pulang ke kampung, saya masih dapat merasakan suasana sambutan Tahun Baru Cina.

"Saya berharap acara seperti ini dapat diteruskan, khususnya kepada mereka yang memerlukan," kata Charles.