APA yang kita sanggup lakukan untuk mengejar impian?
Bagi sebilangan kecil daripada kita, dugaan hidup bukan penghalang untuk terus mencari peluang menggapai cita-cita.
Seorang pengarah, Shuhaimi Zulkefli, melalui akaun Facebooknya, telah memuat naik satu perkongsian tentang pertemuannya dengan seorang lelaki yang punya semangat tinggi, biarpun tidak berharta.
Shatish Nayar dikatakan sanggup berjalan kaki setiap hari sejauh 20 kilometer dari Batu Caves ke Kuala Lumpur setiap hari, demi mencari peluang bekerja dalam bidang perfileman.
Cerita lelaki berusia 24 tahun itu, dia pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang penyiaran dan perfileman di sebuah kolej, namun tidak dapat menghabiskan pelajaran selepas ibunya meninggal dunia.
Bapa yang diharap dapat membantunya meneruskan hidup, bagaimanapun menurutnya, meninggalkannya, dan sejak itu hidupnya tidak menentu.
"Saya merempat seorang diri. Macam-macam kerja saya buat; pengawal keselamatan dan kerja kasar lain.
"Saya berjalan kaki seorang diri ke tengah bandar Kuala Lumpur untuk cari orang shooting," katanya.
Begitupun, kesukaran yang dilalui tidak sedikit pun menggugat semangat Shatish.
"Saya urus diri sendiri tapi saya sedang gagal. Saya tidak punya apa-apa, tapi jiwa saya sangat kuat mahu capai cita-cita saya jadi pembuat filem.
"Setiap hari saya berjalan kaki dari bilik sewa saya di Batu Caves ke bandaraya Kuala Lumpur cari set penggambaran untuk cari kerja. Saya tidak ada sesen pun untuk naik bas," ceritanya kepada Shuhaimi.
Lebih sayu, ketika ditanya, Shatish mengakui sudah tiga hari tidak menjamah makanan.
"Saya tidak akan minta sedekah. Emak ajar saya buat benda biar ikhlas dan halal, jangan mengemis," tambahnya.
Ditanya bagaimana dia kekal kuat untuk terus mengejar cita-citanya, ini yang diucap Shatish:
"Saya rela mati kalah, daripada hidup kalah."
Status Shuhaimi itu telah menerima lebih 20,000 likes dan lebih 16,000 perkongsian.
Madiha Abdullah
Sat Sep 23 2017
Shatish Nayar dikatakan sanggup berjalan kaki setiap hari sejauh 20 kilometer dari Batu Caves ke Kuala Lumpur setiap hari, demi mencari peluang bekerja dalam bidang perfileman. Foto Facebook Shuhaimi Zulkefli
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara
Difahamkan lebih dua juta pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara, bersama-sama memeriahkan sambutan pada hari ini.
“Thaipusam tahun ini lebih ramai berbanding tahun lepas”
Kesesakan luar biasa berlaku di Batu Caves, tempat perhimpunan yang sering menjadi tumpuan penganut agama Hindu.
Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam
Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai ke dua kuil tumpuan sempena sambutan Thaipusam Khamis ini.
Batu Caves akan dilengkapi dengan kemudahan eskalator
Ia sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil oleh pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.
Ingin rancang perjalanan sempena Thaipusam? Ikuti antara inisiatif MOT
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan lima penambahbaikan pergerakan bersempena Thaipusam 2024 yang akan disambut pada 25 Januari di seluruh Malaysia.
MOT umum lima penambahbaikan sempena Thaipusam 2024
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook umum lima penambahbaikan pergerakan sempena Thaipusam 2024 yang akan disambut pada 25 Januari di seluruh Malaysia.
Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki
Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.
Pekerja melecur, tiga kilang di Batu Caves terbakar
Seorang lelaki melecur dalam kebakaran tiga kilang di kawasan perusahaan Batu Caves di Gombak pada Rabu.
Pemandu lari tinggalkan lori, jalan sesak 2 jam
Lori terbabit dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan anggota JPJ yang melakukan rondaan di sekitar lokasi kejadian.