SEJAK kebelakangan ini, pelbagai ragam mengenai kisah penumpang di dalam penerbangan yang menarik perhatian ramai.

Terbaharu, seorang lelaki berpakaian kemas terkantoi apabila dia dirakam menonton filem lucah dan beronani ketika dalam sebuah penerbangan.

Menurut portal Metro.uk, kejadian berlaku ketika pesawat tersebut berlepas dari Brazil.

Aksi lelaki tersebut dirakam oleh seorang penumpang lain yang menyedari lelaki tersebut berkelakuan aneh.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, lelaki tersebut dilihat asyik menggerakkan sesuatu di bawah selimutnya sambil tangan kirinya memegang telefon bimbitnya.

Lebih memeranjatkan lelaki yang berkelakuan tidak senonoh itu seolah-olah tidak kisah aksinya dirakam malah boleh memberi respon kepada pertanyaan penumpang yang merakam aksi jijik itu.

Bagaimanapun maklumat lanjut mengenai penumpang dan pesawat tersebut tidak dinyatakan.