Karnival Karangkraf Meriah Bersama Astro bermula Jumaat ini
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Karnival Karangkraf Meriah Bersama Astro yang akan bertempat di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam pada 1 hingga 3 Jun ini.
Astro Awani
Wed May 30 2018
Ini masanya! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Karnival Karangkraf Meriah Bersama Astro yang akan bertempat di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam pada 1 hingga 3 Jun ini (Jumaat-Ahad).
ANDA mahu berbuka puasa secara percuma ala Dataran Masjid Nabawi dan berpeluang untuk bertemu pelakon-pelakon terkenal yang membintangi seleksi drama popular?
Inilah masanya! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Karnival Karangkraf Meriah Bersama Astro yang akan bertempat di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam pada 1 hingga 3 Jun ini (Jumaat hingga Ahad).
Program yang bercorakkan rehlah di dataran terbuka ini akan berlangsung untuk tiga hari bermula dari jam 2 petang hingga 2 pagi.
Antara yang akan turut membuat penampilan istimewa adalah Didi & Friends, Omar & Hana serta Cheek-E.
Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk membawa pulang cenderemata khas Piala Dunia dan baucar Go Shop.