KAWASAKI Racing Team (KRT) mendedahkan gambar dan video jentera baharu Kawasaki ZX-10R dan Kawasaki ZX-10RR 2021 yang bakal beraksi di Kejuaraan Superbike Dunia musim hadapan.

Sebelum ini telah banyak gambar yang tular berkaitan model baharu ZX-10R dan ZX-10RR 2021.

Jentera itu ia tampil dengan reka bentuk yang lebih agresif, malah ada yang menggelarnya seperti robot Megatron.

Bagaimanapun jika dilihat secara teperinci, ia seakan-akan diinspirasi daripada model Ninja H2.

Menurut Kawasaki, di bahagian cowl depan model tersebut terdapat winglet yang diintegrasikan ke dalamnya untuk menjana lebih downforce sewaktu aksi pecutan yang kuat.

Kawasaki Racing Team (KRT) mendedahkan gambar dan video mengenai jentera baharu Kawasaki ZX-10R dan Kawasaki ZX-10RR 2021 yang bakal beraksi di Kejuaraan Superbike Dunia musim hadapan.

Muka hadapannya dilengkapi sepasang lampu LED, sistem ‘Intake Ram Air’ dan cermin depan yang lebih tinggi.

Dari segi spesifikasi enjin, ZX-10R 2021 dilengkapi enjin bersesaran 998cc (liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four, DOHC, 16 valves) dengan transmisi enam kelajuan serta hamburan kuasa maksimum 203PS @ 13,200rpm (213PS with RAM Air) dan tork maksimum 114.9Nm @ 11,400rpm.

Enjin tersebut bertaraf Euro 5 yang menawarkan emisi yang lebih bersih namun tidak mengabaikan aspek daya pecutan atau pengurangan kuasa pada enjin.

Dari sudut tepi dan belakang Kawasaki ZX-10R.

Jentera ini dilengkapi sistem brek depan daripada Brembo dengan cakera berkembar 33 milimeter dan turut hadir dengan sistem ABS dan tanpa ABS.

ZX-10R 2021 juga menawarkan mod tunggangan Sport, Road, Rain dan Rider (manual) ini termasuk meter digital TFT, sistem kawalan pelayaran elektronik dan lencana River Mark.

Model ini lebih menumpukan aspek prestasi yang diperoleh menerusi aci sesondol (camshaft) dikemas kini, ambilan dan spring injap ekzos baharu, dan rod penyambung titanium untuk had ligatan (rev) lebih tinggi.

Versi RR ini turut menerima rim Marchesini yang dibalut tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP, dan hanya tersedia dalam warna ikonik kawasaki, Lime Green (hijau).

Kawasaki ZX-10R dilengkapi meter digital TFT.

Berdasarkan tawaran harga jualan, Kawasaki ZX-10R & ZX-10R KRT Edition tanpa ABS ditetap pada AS$16,399 and AS$16,699, sementara bagi pilihan mempunyai ABS pula pada AS$17,399 and AS$17,699.

ZX-10RR pula datang dengan harga AS$28,999.