Statistik kes keganasan rumah tangga yang dicatatkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan walaupun wanita masih menjadi mangsa teramai keganasan rumah tangga, masih ada lelaki yang menjadi mangsa.

Baru-baru ini Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Keganasan Rumah Tangga 2017 dibentangkan di Parlimen, susulan peningkatan kes keganasan rumah tangga pada masa kini yang mencatat peningkatan mendadak sebanyak 15,617 kes bermula dari 2014 hingga Disember 2016.

[VIDEO] Kenapa lelaki juga perlu dilindungi?



[VIDEO] Statistik keganasan rumah tangga 2015


Pada 3 April lalu, buat pertama kali di negara ini, isu hak dan kepentingan lelaki diketengahkan dalam kes keganasan rumah tangga selepas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim membentangkan pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga (1994) (Akta 152) di Parlimen.

Mungkin ramai yang memandang sinis usaha ini, tetapi statistik membuktikan, kaum lelaki yang dikaitkan dengan sifat dominan dan 'macho' juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

BACA: 6 fakta hasil analisis statistik Kes Keganasan Rumah Tangga 2015