Tutup

Keluarga diraja Britain kongsi gambar terbaru Puteri Charlotte

Keluarga diraja Britain kongsi gambar terbaru Puteri Charlotte
Gambar Puteri Charlotte dirakam oleh ibunya di kediaman keluarga mereka di Anmer Hall. - Twitter/@KensingtonRoyal
KELUARGA diraja Britain kongsi gambar terbaru Puteri Charlotte – anak kepada pasangan Putera William dan Kate Middleton – yang kini berusia enam bulan. 

Dua keping gambar Puteri Charlotte yang dikongsi di Twitter dirakam oleh Kate Middleton di kediaman keluarga mereka di Anmer Hall yang terletak di Sandringham Estate, Norfolk.

“Inilah gambar terbaru Puteri Charlotte yang berusia 6 bulan yang dirakam oleh ibunya,” kongsi Istana Kensington menerusi akaun rasmi Twitter mereka.



Sebelum ini, Kate Middleton merakamkan sendiri gambar kedua cahaya matanya pada pertengahan Mei, semasa puteri itu baru sahaja berusia dua minggu.