Perasaan risau dan khuatir tidak dapat dinafikan dalam kalangan lapan peserta Kembara Inspirasi Haji yang melakukan perjalanan sejauh 16,000 kilometer menerusi jalan darat dan udara untuk ke tanah suci pertengahan tahun ini.
Namun ia satu cabaran yang dipenuhi risiko yang perlu mereka ambil kerana pengembaraan yang belum pernah dilakukan oleh warga Malaysia dengan berkenderaan pacuan empat roda itu sememangnya dipenuhi dugaan, apatah lagi merentasi 10 negara.
Perjalanan darat bermula dari Kuala Lumpur 18 Julai melalui hampir 30 bandar dan bandar raya di negara seperti Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Emiriyah Arab Bersatu melibatkan perjalanan sejauh 14,600 km dan baki perjalanan dari Dubai ke Jeddah terpaksa diteruskan melalui udara disebabkan kelewatan memperoleh visa haji.
Pengembaraan mereka melalui jalan darat itu memberi satu kesedaran bahawa tiada apa yang mustahil jika ia dilaksanakan dengan perancangan penuh teliti dan teratur berserta persefahaman dan pemuafakatan sesama peserta.
Menurut Pengarah Projek Kembara Khir Ariffin, mereka pernah melakukan perjalanan setakat selatan China sebelum ini tetapi pengembaraan itu menghadapi masalah akibat sikap peserta yang mahu bertindak bersendirian.
Sepanjang pengembaraan, masa mereka banyak dihabiskan di dalam kenderaan dengan jarak perjalanan antara 250 km dan 1,000 km sehari yang ada kala sehingga awal pagi untuk sampai ke suatu destinasi dengan masa tidur mereka amat singkat dan ada kala tidak dapat mengelak daripada terlelap ketika dalam kenderaan walaupun dalam sedang menikmati keindahan alam semula jadi.
Pengembaraan mereka tidak selalunya manis, ada juga saat cemas dan penuh debaran seperti dikelilingi pasukan keselamatan yang bersenjata api dan ditahan di balai polis di Tupan, daerah Urumqi, China semata-mata kerana menunaikan solat di dalam sebuah masjid.
Bersolat di dalam masjid hanya dibenarkan ketika masuk waktunya dan jemaah dipaksa beredar dan pintu ditutup apabila selesai solat berjemaah dalam tempoh kurang 30 minit.
Ketika dalam tahanan polis untuk beberapa jam, perasaan yang paling membimbangkan ialah nasib pengembaraan mereka jika dihalau dari China tanpa menamatkan misi kembara itu.
Namun, segalanya berakhir dengan baik selepas perbincangan dan penjelasan yang disampaikan kepada pihak berkuasa China itu yang dunia sedia maklum sukar bagi warga asing terutamannya media untuk bergerak bebas di negara paling ramai penduduk tersebut.
Malah, kehadiran mereka dipercayai sudah dipantau oleh pihak berkuasa China sebaik sahaja mereka memijak masuk ke bahagian pemeriksaan sempadan China-Laos pada 22 Julai dengan pemeriksaan yang mengambil masa lebih tiga jam.
Ketika hendak memasuki bandar Shadian di wilayah Yunan, mereka diiringi sebuah kereta pihak berkuasa sehingga ke sebuah hotel pada 4.30 pagi manakala semasa melawat aktiviti kem musim panas di Masjid Xida di Jijie tidak jauh dari Shadian, mereka dipaksa memadamkan semua rakaman video dan foto aktiviti itu atas arahan seorang anggota polis yang sudah memerhatikan mereka sejak awal lagi.
Setiap penjuru bandar yang dilewati peserta kembara termasuk di lebuh raya dilihat dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan pemantauan pergerakan orang awam.
Sepanjang 17 hari di empat wilayah --Yunan, Sichuan, Gansu dan Xinjing di China -- perjalanan mereka adalah lancar kerana melalui lebuh raya yang sungguh lebar dengan kawasan rehat yang luas dan selesa dilengkapi pelbagai kemudahan.
Pemandangan melalui bukit dan gunung dengan warna alam amat mengkagumkan di selang-seli dengan kawasan dataran menghijau dan seni bina tradisional rumah di sepanjang perjalanan di lebuh raya.
Dalam perjalanan ke daerah Wudu di wilayah Gansu, mereka terpaksa melalui kira-kira 50 terowong yang membuktikan betapa pesatnya pembangunan infrustruktur di negara itu, sekali gus menggambarkan keseriusan kerajaan China dalam menghubungkan masyarakat setempat selain menyediakan akses ke kawasan pedalaman.
Dari segi ekonomi dan penggunaan tenaga, kincir angin gergasi kelihatan begitu banyak di kawasan lapang di samping pergantungan pada tenaga solar begitu ketara bagi penjanaan tenaga elektrik.
Dalam setiap perjalanan itu, peserta kembara tidak terlepas daripada terpandang bangunan masjid, sama ada baharu atau lama.
Walaupun jumlah masjid begitu banyak, bilangan jemaah yang datang bersolat fardu terlalu sedikit dan hanya dipenuhi warga tua walaupun kawasan itu padat dengan penduduk beragama Islam.
Malah, semasa peserta kembara menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di bandar Wudu, bilangan jemaah hanya mencukupi 40 makmum.
Semasa hendak memulakan pengembaraan, timbul keresahan dalam kalangan peserta kembara mengenai cerita penindasan dan penganiayaan terhadap orang Islam.
Ketika berada di China, mereka cuba mendapatkan pengesahan mengenainya daripada masyarakat Islam namun mereka menjauhkan diri daripada bercakap mengenainya terutama mengenai dakwah dan jihad.
Hanya seorang lelaki beragama Islam yang memberanikan diri tampil bercerita mengenai kebenaran dakwaan itu serta keadaan dan nasib orang Islam di wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Walaupun bukan negara Islam, solat berjemaah oleh peserta kembara di kawasan terbuka seperti di kawasan rehat lebuh raya dan di dalam bangunan yang dipenuhi ramai bukan Islam, dapat dilakukan dengan selesa tanpa diganggu.
Akan tetapi tidak pula di negara Islam seperti Uzbekistan dan Turkmenistan yang boleh mengakibatkan umat Islam ditahan polis apabila solat berjemaah di kawasan terbuka.
"Ya, kita orang muda tidak dibenarkan bersolat di masjid. Saya pernah ditahan kerana bersolat... yang saya tidak tahan apabila mereka ajukan soalan yang menyakitkan hati seperti kenapa kamu bersolat kenapa tidak solat di rumah dan macam-macam lagi,
"Ketika ini ramai polis berpakaian awam yang sentiasa memerhatikan kita... tidak apa, awak sahajalah pergi bersolat," kata seorang pemandu pelancong yang fasih berbahasa Melayu kerana pernah melanjutkan pelajaran di Malaysia.
Pada keseluruhannya, hasrat pengembaraan mereka tercapai kerana selain menunaikan haji, mereka dapat melakukan kerja amal seperti menyumbang makanan dan barang keperluan kepada pelarian Islam di Bangkok, jemaah haji di Makkah, penduduk kampung di China dan kaum nomad di pergunungan Krygyzstan
Kejayaan pengembaraan itu juga terletak pada keadaan kedua-dua kenderaan pacuan empat roda yang sama sekali tidak mengalami sebarang kerosakan walaupun sarat dengan muatan.
Pengembaraan peserta kembara inspirasi haji itu boleh disaksikan dalam dokumentari 13 episod yang akan disiarkan melalui Astro 502 Bernama News Channel pada suku pertama 2018.
--BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2017
Sebuah daripada dua kenderaan pacuan empat roda Kembara Inspirasi Haji menuju ke pusat pemeriksaan sempadan China bagi meneruskan perjalanan ke Krygyzstan. -- Foto Bernama
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Penipuan kewangan: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
Kekejaman zionis: PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa membentuk kabinet baharu di mana beliau juga akan berkhidmat sebagai Menteri Luar.
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.
7,000 jemaah meriahkan Semarak Subuh Johor bersama Astro
Lebih 7 ribu jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini, pagi tadi.
BIZone: Astro perkenal pek kandungan baharu untuk sektor F&B
Astro memperkenalkan pakej kandungan sukan baharu khas untuk sektor perniagaan berasaskan makanan dan minuman yang dikenali sebagai BIZone.