Pasukan Kelantan dijadualkan untuk menentang Lions XII di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi perlawanan akhir Piala FA pada malam ini.

Ternyata bahang perlawanan itu dapat dirasai dan menular sehingga ke media sosial.



Sebahagian pengguna Twitter berkongsi kemeriahan yang dirasakan oleh sekelian penonton yang berada di stadium sejak jam 2 petang lagi.






Pengguna Rahmat Zain mengkongsikan ramalan kemenangan yang dilakukan oleh seekor kumbang. Ramalan ini berkemungkinan susulan populariti Paul the Octopus yang popular semasa temasya Piala Dunia dahulu.


Pelbagai reaksi dari para netizen dapat dilihat di timeline Twitter. Rata-ratanya menzahirkan kata-kata semangat buat pasukan Kelantan.






Ada juga yang mengongsikan gurauan.



Kelantan yang muncul juara pada 2012 dan 2013, mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang pada separuh akhir.

Lions XII pula melangkah ke final menerusi peraturan gol tempat lawan walaupun terikat 4-4 secara agregat dalam satu lagi aksi separuh akhir, berdepan Terengganu, Sabtu lepas.

BACA: Piala FA: Dubsmash selebriti, pemain bola sepak curi perhatian

BACA: Piala FA: Penyokong Kelantan diminta jaga disiplin