Jenama radio nombor satu Pantai Timur (GEGAR), bekerjasama dengan portal khidmat beli-belah gaya idup pelbagai platform di Malaysia (Go Shop) dengan menawarkan pengalaman beli-belah baharu GEGARMALL menerusi Go Shop.

GEGARMall bermatlamat untuk menyediakan tawaran eksklusif selain menawarkan produk-produk khas untuk peminat GEGAR.

Dalam satu kenyataan bersama, GEGARMall menawarkan variasi yang hebat untuk produk inovatif dari jenama terkenal dalam kategori gaya hidup patuh syariah, rumah, fesyen dan kecantikan selain berusaha menambah jenama serta produk baharu di masa depan.

"GEGARMall bersama radio GEGAR, menawarkan pengalaman beli-belah yang unik dan berbeza daripada saluran beli-belah e-dagang dan platform beli-belah di negara ini.

"Peminat-peminat GEGAR di Pantai Timur kini dapat beli-belah di GEGARMall melalui semua saluran kami, sama ada dalam talian, di udara (on-air) dan juga melalui peranti mudah alih.

"Kerjasama ini mempunyai matlamat untuk menjangkau pelanggan baharu serta meninggikan pengalaman beli-belah pelanggan sedia ada," katanya kenyataan itu pada Rabu.

Tambah kenyataan bersama itu lagi, kerjasama ini adalah bonus untuk peminat GEGAR dan mereka boleh membeli produk dari GEGARMall berdasarkan promosi penyampai radio GEGAR menerusi penyiaran video harian di media sosial.

Manakala katanya, pelanggan pengiklanan pula akan mendapat insentif tambahan dengan memanfaatkan platform Go Shop yang dikembangkan menerusi GEGAR.

"Pelanggan boleh melayari GEGARMall melalui www.goshop.com.my/gegarmall dan melalui aplikasi mudah alih Go Shop. Sempena dengan pembukaan GEGARMall, para pelanggan boleh menikmati diskaun 20 peratus dengan perbelanjaan minimum RM200 dari sekarang hingga ke 16 Oktober 2018.

"Peminat GEGAR boleh menala GEGAR di udara, melayari laman media sosial GEGAR atau bertemu dengan pasukan KRU GEGAR untuk mendapati kod promo tersebut. GEGARMall turut mempunyai promosi hebat bulanan dan pelbagai tawaran menarik pada bulan-bulan yang akan datang," katanya.

Selain daripada tawaran pembukaan GEGARMall, GEGAR sedang menjalankan peraduan 'Menang di GEGARMall' sehingga 28 September 2018.

Dalam pertandingan ini, GEGAR akan menghadiahkan baucar tunai bernilai RM8,000 untuk dibelanjakan di GEGARMall tetapi para peminat perlu setia menonton video harian disiarkan oleh penyampai radio gegar yang mempromosikan produk terpilih di GEGARMall sekali gus menjawab soalan-soalan.

Sekiranya tiada pemenang pada sesuatu sesi pertandingan itu, baucar wang tersebut akan ditambahkan ke nilai hadiah dalam segmen seterusnya.

Beli-belah di GEGARMall melalui www.goshop.com.my/gegarmall. Untuk matlumat lanjut tentang GEGAR, layari www.gegar.my atau ikuti laman media sosial GEGAR di Facebook, Instagram dan Twitter. Dengarkan GEGAR di frekuensi: Kuantan (88.8fm); Kuala Terengganu (106.8fm) dan Kota Bharu (88.1fm).