Kini Trending menyorot cerita-cerita menarik di laman sosial hari ini antaranya:-
123

#5 MINTA BANTUAN 'SUPERHERO'

Taktik terbaru syarikat elektronik Taiwan yang menggunakan pelakon Iron Man, Robert Downey Junior dalam kempen terbaru mereka nampaknya membuahkan hasil.

HTC menyifatkan pemilihan Downey sesuai dengan proses membaik pulih penjualan HTC dengan pendekatan melawan arus.

Kempen itu juga diharapkan dapat memulihkan reputasi HTC yang menyaksikan kejatuhan keuntungan sebanyak 83 peratus pada Julai tahun lalu.


#4 PM NORWAY JADI PEMANDU TEKSI

Antara video yang trending hari ini ialah penyamaran Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg sebagai pemandu teksi.

Bagi Stoltenberg tempat yang paling jujur orang meluahkan perasaan sudah pasti di dalam teksi disamping mengetahui masalah sebenar pengundi di negara itu.

Selepas melakukan kajiannya yang tersendiri, video Stoltenberg memandu dan bersembang dengan penumpangnya diposkan di Facebook, Twitter dan Youtube.

321

#3 BIEBER SEMAKIN HAMPIR

Saingan merebut gelaran MTV Hottest semakin hangat apabila Justin Bieber semakin menghampiri jumlah Tweet kumpulan One Direction.

Sehingga kini, One Direction sedang mendahului artis-artis lain dalam senarai carta apabila menerima lebih 46 juta tweet daripada peminat mereka.

MTV dijangka akan mengumumkan keputusan artis paling popular tersebut pada 31 Ogos dalam rancangan MTV Music.



#2 PEMILIK RESORT DITAHAN

Video yang memaparkan surau dijadikan tempat untuk upacara keagamaan lain di sebuah resort di Kota Tinggi, Johor mula menjadi perbualan hangat.

Polis juga telah menahan seorang pemilik resort yang dikatakan membenarkan surau di pusat peranginannya dijadikan tempat upacara agama Budha di Tanjung Sedili, Kota Tinggi petang tadi.

Video bertajuk ‘Surau dijadikan tokong Buddha di Johor’ selama 85 saat itu memperlihatkan sekumpulan individu termasuk seorang sami Buddha sedang menjalankan upacara keagamaan.


#1 PEROMPAK SEMAKIN BERANI

Ini pula video paling trending di Youtube sepanjang hari iaitu rakaman seorang pejalan kaki yang menyaksikan rompakan dilakukan beberapa lelaki berpakaian hitam di siang hari.

Bersenjatakan parang, empat lelaki yang bertopeng itu kelihatan mengerumuni sebuah kenderaan di sisi jalan dengan cubaan mengambil sesuatu.

Kebanyakkan komen diberikan penonton adalah berunsur kebimbangan berikutan penjenayah dilihat sudah semakin berani melakukan kegiatan jenayah secara terang-terangan dan terbuka.

Untuk mengetahui lebih banyak tumpuan menarik di laman media sosial, jangan lupa saksikan Kini Trending, setiap hari jam 8.15 malam dan ulangan pada 11.45 malam di Astro Awani.