JENAMA pakaian sukan popular Nike melancarkan kasut yang diinsipirasikan oleh Starbucks, iaitu rakangian kedai kopi yang terkenal.

Menurut laporan Adweek, ini bukan kolaborasi rasmi antara kedua-dua jenama namun beberapa gambar untuk mempromosikan kasut ini menggunakan cawan Starbucks sebagai prop.

Malah, kasut yang diberi nama Nike SB Dunk Low berwarna 'chocolate mocha’ dan hijau, dan mempunyai corak mirip campuran kopi dan susu.

Ia dijual di kedai atas talian Premier pada harga AS$100 (RM411.84).

Nike lancar kasut diinspirasikan kopi Starbucks. Gambar: thepremierstore.com

Ini bukan kasut Nike yang pertama yang diilhamkan oleh jenama kafe terkenal.

Sebelum ini, Nike pernah berkolaborasi secara rasmi dengan Krispy Kreme untuk menghasilkan kasut yang mempunyai corak donut.

Di media sosial pula, 'kolaborasi' ini menerima pelbagai koleksi.

Ada yang berminat untuk membeli kasut ini, namun ada juga yang anggap ia sebagai pelik.