ADAKAH anda kuat berdengkur? Kerap sakit kepala di waktu pagi atau sering rasa mengantuk melampau pada siang hari?
Jika anda mengalami simptom-simptom berkenaan, anda mungkin mengidap Obstructive Sleep Apnoea (OSA).
Juga dikenali sebagai “Sleep Apnea” atau apnea tidur, ia adalah keadaan yang berlaku bila seseorang kerap berhenti bernafas ketika tidur.
Apnea tidur adalah masalah tidur yang serius yang mampu menjejaskan pernafasan dan mengganggu tidur seseorang.
Sekiranya tidak dirawat, ia boleh mengundang kepada risiko tekanan darah tinggi, serangan jantung dan angin ahmar.
Sempena Hari Tidur Sedunia 2018 yang disambut setiap 16 Mac, mari ketahui lebih lanjut tentang apnea tidur:
Punca
Masalah kegemukan, leher pendek dan besar selain dagu yang bersaiz kecil antara punca penyebab apnea tidur.
Faktor lain termasuk tonsil yang besar di bahagian tekak, bentuk batang hidung yang bengkok, bahagian dalam hidung yang bengkak dan lelangit lembut yang berkedudukan rendah.
Selain itu, alkohol juga boleh menyebabkan otot bahagian tekak kendur serta menghalang otak dari bertindak terhadap masalah berpunca daripada tidur.
Pengambilan ubat-ubatan seperti pil tidur dan ubat penenang, selain tabiat merokok juga mendorong kepada apnea tidur.
Gejala
Berdengkur dengan kuat serta mengantuk di waktu siang. Pasangan mengadu bahawa anda berhenti bernafas semasa tidur.
Pada amnya, seseorang yang menghidap apnea tidur berdengkur dalam tidur, tetapi tidak semua yang tidur berdengkur menghidap apnea tidur.
Gejala-gejala lain termasuk kerap berubah posisi semasa tidur, rasa lemas semasa tidur, rasa mengantuk, letih dan lemah di siang hari dan sakit kepala di waktu pagi.
Penyakit ini tiga kali lebih banyak melibatkan lelaki daripada perempuan pada usia melebihi 30 tahun.
Rawatan
Kurangkan berat badan adalah cara paling efektif dan paling murah terutamanya mereka yang mengalami lebih berat badan. Doktor menyarankan penurunan 10 peratus berat badan sudah cukup untuk menurunkan gejala apnea tidur.
Posisi tidur yang paling baik ialah tidur mengiring di sisi untuk mengurangkan dengkuran. Ada beberapa teknik yang boleh digunakan termasuk menjahit bola tenis di belakang baju tidur atau tidur menggunakan beg sandang belakang (backpack) supaya kekal tidur mengiring di sisi.
Anda juga boleh memakai 'mouthguard' atau alat untuk menghalang lidah daripada menyumbat salur pernafasan. Pembedahan boleh dilakukan untuk mengatasi masalah sumbatan pada hidung atau tekak.
Komplikasi
Pesakit yang menghidap masalah apnea tidur mempunyai risiko tinggi terhadap kemalangan jalan raya, darah tinggi, serangan sakit jantung dan angin ahmar.
Pencegahan
Apnea tidur dan masalah berdengkur boleh diatasi dengan mengelakkan pengambilan alkohol, dan ubat-ubatan seperti pil tidur, ubat penenang yang boleh memperlahankan kadar pernafasan.
Sentiasa bersenam dan jaga pemakanan serta kekal berat badan unggul.
Rawat masalah pernafasan seperti hidung tersumbat atau selesema kerana ia menyebabkan berdengkur bertambah teruk.
Amalkan waktu dan cara tidur yang betul.
Tan Su Lin
Thu Mar 15 2018
Sekiranya tidak dirawat, apnea tidur boleh mengundang kepada risiko tekanan darah tinggi, serangan jantung dan angin ahmar. - Gambar hiasan
Kerajaan Persekutuan ambil alih Projek LRT Pulau Pinang
Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor
Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta dijangka hadir memberikan keterangan esok.
Bernas ceriakan Aidilfitri pesawah asnaf
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menceriakan 45 asnaf dan komuniti pesawah sempena Aidilfitri tahun ini.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
[TERKINI] Mahkamah Tinggi arah Isa dan Emir bayar RM3.31 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada FGV Holdings Berhad.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Sistem kesan apnea tidur Samsung Galaxy Watch terima kelulusan FDA
Sistem pengesanan apnea tidur Samsung memerlukan waktu tidur pemakai dijejak selama empat jam sehari selama dua hari.
Kuat berdengkur? Awas, ini mungkin puncanya!
Seseorang yang menghidap apnea tidur berdengkur dalam tidur, tetapi tidak semua yang tidur berdengkur menghidap apnea tidur.
Abdullah Badawi: Saya hidap Apnea tidur, Mahathir tahu mengenainya
Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau menghidapi penyakit Apnea tidur yang menyebabkan beliau sering tertidur.