KUCING atau nama saintifiknya felis catus merupakan sejenis haiwan yang manja dan mempunyai elemen penenang kepada sesiapapun yang melihatnya, apatah lagi meluang masa bermain dengan makhluk comel ini.

Daripada ratusan gambar yang dimuat naik ke laman sosial Instagram dan Twitter bersempena minggu bertemakan kucing dengan hashtag #MataKantaAWANI, lima daripadanya berjaya menambat hati Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman.

Suhaimi yang juga sorang pencinta kucing mengatakan bahawa gambar kucing yang baik adalah yang menampilkan perwatakan dan sifat unik seseekor kucing itu.

“Terlalu banyak kucing yang cantik, banyak juga gambar-gambar kucing yang cantik-cantik. Tapi kebanyakannya cantik biasa sahaja.

“Karakter dan gelagat seseekor kucing yang beragam dan mencuit hati itu yang menjadikan gambar itu ‘hidup’ dan ada cerita,” kata Suhaimi.

Inilah dia, lima gambar terbaik pilihan beliau untuk Tema Minggu Ini : KUCING!


#MataKantaAWANI : Kucing

#MataKantaAWANI : Kucing

#MataKantaAWANI : Kucing

#MataKantaAWANI : Kucing

#MataKantaAWANI : Kucing

Foto bukan sekadar penghias berita, foto itu sendiri adalah cerita. Menerusi inisiatif ini, kami memanggil kalian para pembaca Astro AWANI untuk berkongsi cerita menerusi foto-foto menarik.

Setiap minggu #MataKantaAWANI akan mewujudkan tema berbeza. Kongsikan foto anda dengan hashtag #MataKantaAWANI.

Lima gambar terbaik akan dipilih dan disiarkan sebagai Foto Pilihan Tema Minggu Ini dan pemilik gambar terpilih berpeluang bersiaran secara langsung dalam program pagi Teh Tarik AWANI dan Bualan.

Selamat bergambar!