Cuti sekolah akan bermula hujung minggu ini. Jika anda merancang untuk ke negara luar, mungkin ada baiknya jika anda mengetahui serba sedikit tentang negara yang akan anda kunjungi itu.

Untuk artikel kali ini, kami bawakan kepada anda 8 perkara pelik yang anda tidak tahu tentang negara China.




Kesesakan lalu lintas? Jangan risau, ada penyelesaiannya

china traffic jam
Foto: AFP
China menyediakan perkhidmatan 'penyelamat' jika anda berada dalam kesesakan lalu lintas yang teruk. Perkhidmatan ini menawarkan seseorang menaiki motosikal atau basikal, mengambil anda dan membawa anda ke tempat tujuan anda, sementara seorang lagi akan menunggu trafik kembali bergerak di dalam kereta anda.

Baik pulih dara

China juga ada menyediakan pembedahan plastik untuk memulihkan dara sebelum berkahwin.dan perkhidmatan ini menerima sambutan yang sangat baik.

Terma 'Rumah Paku'

nail house
Foto: AFP
Jika anda tidak mahu berpindah apabila sesuatu pembangunan dirancang di kawasan rumah anda, anda dibenarkan untuk terus menetap di situ. Tetapi perancangan yang dibuat tetap akan diteruskan di sekeliling kawasan rumah anda, tanpa menyentuh tapak rumah.

Merpati sebagai posmen

Burung Merpati masih digunakan sebagai medium komunikasi, terutama dalam perkhidmatan tentera.

Sijil Perancangan Keluarga

Jika anda merancang untuk mempunyai anak, anda perlu mendaftar dengan kerajaan tiga bulan selepas kehamilan disahkan. Sijil itu dipanggil Sijil Perancangan Keluarga.

Taman Tema Orang Kerdil

dwarf
Foto: AFP
Menempatkan 100 orang kerdil yang menetap dan menghiburkan pengunjung.

Satu zon masa

Walaupun merupakan antara negara terbesar di dunia, China hanya mempunyai satu zon waktu; Masa Standard Beijing. Ini bermakna di sesetengah tempat di Barat China, matahari tidak akan naik sehinggalah jam 10 pagi.

Replika bandar

thames
Foto: AFP
Terkenal dengan kebolehan membuat replika barangan dengan baik, China juga mempunyai replika bandar. Salah satunya ialah Thames Town, terletak di Shanghai, yang merupakan replika bandaraya London di United Kingdom.