Mohamad Sabu, yang bakal diangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, kini mempunyai akaun rasmi Twitter.

Menggunakan tweethandle @MSabu_Official di bawah nama Mohamad Sabu, akaun itu setakat hari ini mencatat sejumlah 792 pengikut.

Sementara itu, dalam satu kenyataan di akaun Facebook, beliau meminta agar orang ramai berwaspada dengan kewujudan akaun media sosial palsu menggunakan namanya.

"Pihak kami ingin memaklumkan bahawa akaun Twitter rasmi YB Tuan Hj Mohamad Sabu boleh diikuti di @MSabu_Official. Manakala akaun FB boleh diikuti "Mohamad Sabu" dan akaun Instagram: msabu_official.


"Kami mendapati terdapat beberapa akaun yang hampir sama didaftarkan menggunakan nama YB Tuan Hj Mohamad Sabu sehingga menimbulkan kekeliruan ramai.

"Pihak kami ingin menegaskan bahawa selain daripada akaun seperti dinyatakan di atas termasuk yang sedang tular ketika ini, adalah bukan akaun di bawah seliaan pihak kami."