Mesej 'curahan perasaan' di WhatsApp kini boleh dipadam dalam tempoh sejam

Mesej 'curahan perasaan' di WhatsApp kini boleh dipadam dalam tempoh sejam
Pengguna 'whatsapp' kini dapat memadam teks atau perbualan yang tidak diingini dalam masa satu jam berbanding 7 minit sebelum ini. Foto REUTERS
KEMAS KINI terbaharu yang dilakukan oleh pihak WhatsApp pasti memberi kegembiraan ramai pihak kerana kini anda boleh memadam teks atau perbualan anda dalam masa satu jam berbanding tujuh minit sebelum ini.

Ini termasuk ungkapan 'I Love You' yang sering tersilap hantar, tetapi mahu ditarik balik penghantarnya.

Aplikasi WhatsApp versi 2.18.31 buat pengguna iOS yang dikemas kini memberi anda kelebihan masa untuk memadam teks yang tidak diingini disamping kemas kini beberapa masalah lain.
BACA: Rakyat Malaysia pengguna aplikasi WhatsApp terbanyak dunia - Salleh

Buat masa ini, masih tiada maklumat berhubungan kemas kini yang akan dijalankan untuk pengguna sistem Android.

Aplikasi ‘whatsapp’ merupakan aplikasi sosial yang diguna pakai ramai orang, kebelakangan ini pengguna aplikasi ini berhadapan banyak kemas kini dan perubahan dari pihak ‘whatsapp’.

Pada Oktober lalu, pengguna aplikasi ini hanya boleh membuang teks ataupun ‘delete for everyone’ hanya dalam masa tujuh minit yang kini dipanjangkan sehingga  satu jam.

Selepas tempoh tersebut, teks yang ingin dipadam masih boleh dilakukan tetapi hanya untuk kegunaan individu sahaja.

Walaupun para pengguna dapat melakukan ‘padam untuk semua’ atau ‘delete for everyone’, pengguna lain masih dapat mengetahui terdapat teks yang dipadam.