Pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin berjaya memperbaharui pencapaiannya dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi mendaki tangga Menara Kuala Lumpur (Menara KL) tanpa henti selama 24 jam.
Walaupun gagal mencapai sasaran 24 kali, beliau tetap berjaya memahatkan namanya dalam MBOR sekali lagi selepas mendaki menara telekomunikasi ketujuh paling tinggi di dunia itu sebanyak 21 kali, berbanding rekod lamanya 20 kali pada 2008.
Perkara itu disahkan wakil MBOR, Nurasyikin Ramli pada majlis penyampaian sijil tersebut di sini, hari ini.
Ia merupakan kali kelima jurufoto Utusan Malaysia berusia 49 tahun yang lebih dikenali sebagai Mr Solo itu menerima pengiktirafan daripada MBOR sejak 2007 menerusi beberapa pencapaian solonya.
Mohd Noor yang memulakan misi Kopi Pak Belalang KL Tower Staircase Climbing 2016 pada pukul 9.05 pagi semalam, telah naik dan turun 2,058 anak tangga Menara KL sebanyak 21 kali sebelum 9.29 pagi ini, dengan mengambil rehat 25 minit untuk menunaikan solat Jumaat.
Bercakap kepada pemberita selepas menamatkan misi itu, Mohd Noor berkata antara cabaran yang terpaksa dilalui selama 24 jam itu ialah tidak boleh tidur walaupun mengantuk, menjaga pemakanannya dan suhu yang panas.
"Saya tidak makan nasi dan hanya mengambil makanan yang memberikan tenaga. Saya juga bercakap sendiri tetapi tidak tahu apa yang saya cakapkan terutamanya pada awal pagi tadi hingga penamat.
"Selain itu, cabaran mendaki Menara KL berbanding gunung ialah pemandangannya adalah hanya dinding dan tangga selain tangga menara ini yang sangat panas," kata bekas jurugambar Bernama itu.
Mohd Noor seterusnya memasang impian mencipta rekod dunia di gunung tertinggi negara iaitu Gunung Kinabalu dan rekod Malaysia di Banjaran Himalaya dalam tempoh April hingga Okt 2017, namun ia masih di peringkat perancangan.
Sebagai rekod, anak kelahiran Terengganu itu pernah diiktiraf sebagai Pendaki Solo 50 kali bersempena Kemerdekaan Negara ke-50 (2007), Pendakian Tangga Tanpa Henti selama 24 Jam Menara KL sebanyak 20 kali (2008), Pendakian Solo 111 kali Gunung Kinabalu 1Malaysia (2010) dan mendaki Gunung Kinabalu selama 57 jam tanpa henti bersempena Hari Kemerdekaan ke-57 (2014).
Ditanya sama ada akan mencuba misi 24 kali itu lagi atau tidak, Mohd Noor berkata beliau lebih berminat mencipta rekod baharu dan mencabar golongan muda untuk memecahkan rekod berkenaan, serta bersedia memberi bantuan dalam usaha itu.
Turut hadir pada majlis berkenaan, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Zubir Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL, Meor Shahril Anuar dan pengasas Kopi Pak Belalang, Datuk Seri Dr Rozaini Hasan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2016
Ia merupakan kali kelima jurufoto Utusan Malaysia berusia 49 tahun yang lebih dikenali sebagai Mr Solo itu menerima pengiktirafan daripada MBOR sejak 2007 menerusi beberapa pencapaian solonya. - Foto Bernama
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Mr Solo pecah rekod sendiri daki tangga Menara KL 21 kali
Pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin berjaya memperbaharui pencapaiannya dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi mendaki tangga Menara Kuala Lumpur (Menara KL) tanpa henti selama 24 jam.