Jurugambar terkenal National Geographic, Gabby Salazar dan Joe Riis, bakal mengadili Anugerah EOS Jurugambar Muda yang julung kalinya dibuka kepada belia di Malaysia.

Pengumuman rasmi itu dilakukan ketika perlancaran pertandingan tersebut pada sidang media yang diadakan oleh saluran National Geographic, FOX International dan Canon di Publika Damansara.

Bertemakan “A Celebration of Colour”, pertandingan ini juga merupakan tahun pertama untuk saluran FOX International dan National Geographic dalam menganjurkan pertandingan sebegini.

Riis merupakan jurugambar hidupan liar untuk saluran National Geographic dan juga merupakan seorang pakar Biologi.

a
Joe Riis
Blazar yang berasal dari Pennsylvania juga bermula dalam usia muda dan mula dengan minat pada seni alam semulajadi dan kini adalah jurugambar untuk National Georaphic.

a
Gabby Salazar

Salazar dan Riis turut mengadakan bengkel fotografi beberapa hari bersama pelajar-pelajar dari university terpilih, untuk memberikan tunjuk ajar serta tips berkenaan fotografi.

“Kami tidak banyak melihat kreativiti jurugambar muda di Malaysia, namun begitu kami tidak sabar melihatnya pada sesi bengkel nanti dan ketika menjadi juri pertandingan ini” kata Riis kepada media.

Menurut Ketua Penyelia saluran FOX International, Anthony Yeap, para peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh memuatnaik seberapa banyak gambar dan penyertaan yang mereka mahu.

Peserta juga boleh menggunakan apa saja jenis kamera untuk merakamkan gambar terbaik dari alam semulajadi.

“Jika kita lihat kebanyakan minat jurugambar muda di Malaysia lebih tertumpu pada potret dan perkahwinan. Jadi dengan pertandingan ini diharapkan dapat menarik minat generasi muda kepada alam semulajadi” katanya kepada pemberita.

Pertandingan terbuka kepada mereka yang berumur dari 13 sehingga 25 tahun. Pertandingan ini juga melibatkan penyertaan dari beberapa buah negara lain seperti Brunei, Thailand, Korea dan banyak lagi.

Pertandingan ini dibuka dari 28 Mac sehingga 3 Jun, penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diterima.

Antara hadiah bagi pemenang utama ialah kamera SLR Canon EOS Digital 60D berlesa 18-55mm ISII, dan berpeluang menyertai bengkel fotografi di Amerika Syarikat secara percuma.

Pada yang berminat untuk menyertai EOS Anugerah Jurugambar Muda, bolehlah mengunjungi laman web http://celebrationofcolour.com untuk maklumat lanjut.