Ekspo sains, teknologi dan inovasi terbesar, Ekspo Inovasi dan Ekonomi Kreatif Kebangsaan (NICE) 2017 menjadi platform Team Lagenda memberi tunjuk ajar kepada peminat permainan Dota 2 mengembangkan bakat ke peringkat dunia.

Pasukan e-sukan di dalam permainan komputer (Dota 2) dibawah syarikat UI Esport Sdn Bhd itu juga tidak lokek berkongsi pengalaman kepada anak muda tempatan untuk bersaing mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dalam permainan Dota 2 suatu hari nanti.

Pasukan yang ditubuhkan pada Mac lepas mula tertarik dengan pertandingan antarabangsa Dota 2 yang diadakan setiap tahun yang juga dikenali sebagai 'The International' di mana tahun ini menawarkan hadiah jutaan ringgit.

Team Lagenda terdiri daripada enam anak muda tempatan dalam lingkungan 20 tahun.

Mereka terdiri daripada Muhammad Ezraf Ramli (21 tahun), Haaziq Azrai Abdul Kadir (25 tahun), Izzat Zulkifli (23 tahun), Muhamad Fitri Azman (22 tahun), Iman Zulhilmi (22 tahun), Farid Ikmal (26 tahun) dan pengurus Team Lagenda, Mohd Fhadzren (27 tahun).

BACA: Dota 2: Pertarungan epik The Major League tawar RM300,000

BACA:
Dota 2: Liga e-sukan dilancar, hadiah RM500,000 jadi rebutan

Team Lagenda turut memberi tunjuk ajar kepada pengunjung dalam permainan e-sukan secara profersional seperti Dota 2, Street Fighter, FIFA dan CSGO.

Dalam NICE 2017, mereka banyak berkongsi pengalaman bersama pengunjung tentang karier mereka sebagai pemain profesional sekali gus membuka mata ibu bapa yang mempunyai anak yang gemar dalam permainan komputer.

Peranan inovatif dalam program juga dilihat sangat menarik antaranya pameran animasi daripada Les Copaque Animation Academy yang turut memberi peluang kepada pemain untuk belajar secara asas dalam animasi.