'Food Truck Rakyat' yang menawarkan pelbagai menu makanan secara percuma menjadi tumpuan perwakilan dan pengunjung yang hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017).
Antara yang menjadi pilihan adalah rojak percuma yang disediakan food truck Rojak Cendol; dengan 650 rojak habis dalam tempoh 45 minit.
Menurut pengusaha food truck Rojak Cendol, Meeza Maisara Samsul Kamal selain menu utama iaitu rojak, pengunjung boleh menjamu cendol dan mee goreng yang disediakan buat pengunjung.
“Peluang menyediakan makanan di PAU2017 membuka peluang kepadanya untuk mempromosikan jenama syarikat serta makanan yang ditawarkan kepada warga kota," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Kepada pengunjung yang hadir ke PAU2017, sajian percuma diberikan bermula 7 hingga 9 Disember ruang legar luar aras empat, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Pengunjung yang hadir menyifatkan inisiatif tersebut dapat meringankan beban perbelanjaan pengunjung dari luar ibu kota yang hadir ke perhimpunan tersebut.
Dalam pada itu, terdapat pelbagai menu menarik yang boleh anda nikmati termasuk Nasi Kerabu, Nasi Lemak Royale Kedah dan Laksa.
Nursyazwani Saiful Sham
Thu Dec 07 2017
Food Truck Rakyat saji pelbagai menu makanan dan minuman secara percuma kepada perwakilan dan pengunjung PAU2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. -- fotoAstroAWANI/Shahir Omar
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
Cendol 'penyejuk' masyarakat di Malaysia
Di Malaysia, adalah normal untuk melihat sesuatu bangsa menikmati atau menghasilkan makanan daripada bangsa lain.
Lestarikan Jalan Berek: Lokasi unik, menarik gamit pengunjung ke Taiping
Terdapat kira-kira 10 buah kafe dan perniagaan berkonsep hipster yang menjadi pilihan anak-anak muda serta mengikut trend semasa.
Cendol Kak Moh menjadi rebutan ketika bulan Ramadan
Bagi menghasilkan cendol yang sedap, dia perlu memastikan tepung beras dimasak di atas api selama lebih tiga jam.
Cendol 'Tutty Fruity' menu menarik musim panas di Langgar
Seorang peniaga, Mohd Fazli Abu Bakar, 28, beliau menyajikan cendol dengan pelbagai buah atau lebih popular di kalangan pelanggannya sebagai cendol 'tutty fruity'.
Unik! Pasangan pilih cendol sebagai mas kahwin
Segelas cendol dipilih sebagai mas kahwin buat pasangan pengantin baru di Indonesia hingga tular di media sosial.
3 cendol durian RM114: 'Terima kasih tolong promosi'
Muhammad Ariff Qayyum Mohd Zambri, 25, berkata, insiden yang berlaku ini sesuatu yang positif dan harga yang ditetapkan adalah berpatutan.
Sempat makan cendol dengan rakan sebelum maut
Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, mangsa Mohamad Akmal Firdaus Rohaizar, 19 tahun, bersama empat lagi rakannya sedang menunggang motosikal dari arah Kulim Hitech menuju ke arah Lebuh Raya Perdana.
PAU2017: Rojak percuma antara menu laris 'Food Truck Rakyat'
Pelbagai menu makanan percuma disediakan Food Truck Rakyat sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC, Kuala Lumpur