Pegawai IT ungguli cabaran akhir kemuncak 'F&N 135th Anniversary Fiesta'

Pegawai IT ungguli cabaran akhir kemuncak 'F&N 135th Anniversary Fiesta'
Menurut pemenang utama, Liew Wei Boon beliau tidak menyangka akan memenangi pertandingan tersebut kerana persaingannya begitu sengit. - Foto Astro AWANI/Firdaus Alauddin
PUTRAJAYA: Bersempena sambutan ulang tahun ke-135 Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) telah menganjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan termasuk lambang emas 916, seberat 1.35kg eksklusif yang bernilai RM300,000.

Tiga cabaran diperkenalkan dimana dua daripadanya iaitu mengenalpasti dan merebut produk F&N yang perlu dilakukan dalam masa 135 saat.

Menurut  pemenang utama, Liew Wei Boon beliau tidak menyangka akan memenangi pertandingan tersebut kerana persaingannya begitu sengit.

“Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada F&N, rakan-rakan dan keluarga kerana menyokong saya.
“Apabila saya mendapat panggilan daripada F&N saya agak terkejut dan tertekan pada mulanya dan saya terpaksa membuat banyak latihan dan rujukan.,’’ katanya kepada Astro AWANI.

Walau bagaimanapun, Liew yang juga seorang pegawai tekonologi maklumat berkata saat tersebut merupakan saat yang tidak dapat dilupakan dan beliau berasa lega sejurus pertandingan tersebut selesai.

Dalam pada itu, Pengurus Kanan Pemasaran F&N Lee Wong Yin berkata "F&N 135TH ANNIVERSARY FIESTA" diadakan bagi memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia kepada jenama itu sejak 135 tahun lepas.

Sementara itu, dalam majlis sama, F&N turut mengumumkan kontrak jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong  Wei,  bersama 100 Plus disambung sehingga 2020.

“Saya tidak menyangka dengan keadaan saya sekarang ini yang tidak berapa sihat, tetapi F&N dan 100 Plus tetap meneruskan kontrak saya sebagai duta 100 Plus.

“Walaupun saya telah berbincang dengan pihak mereka dan berkata saya tidak dapat memberikan sepenuh tenaga seperti dahulu tetapi F&N tetap ingin meneruskan perjanjian dengan saya.

“Ini merupakan antara saat yang paling besar bagi hidup saya apabila telah menjadi duta bagi F&N sehingga 2020,’’ katanya pada sidang media selepas Cabaran Akhir Kemuncak ‘F&N 135th Anniversary Fiesta’ di IOI Mall, di sini hari ini.