Di United Kingdom, umat Islam perlu berpuasa lebih kurang 18 ke 19 jam sehari, yang mana waktu berbuka lebih kurang jam 9 malam ke atas.

Dari waktu berbuka puasa, hanya lebih kurang lima jam untuk melakukan semuanya - solat Maghrib, solat Isyak, tarawih, melakukan urusan lain, dan kembali bersahur.

United Kingdom merupakan antara negara yang panjang waktu berpuasa di Eropah selain Sepanyol dan Turki di belakang Iceland yang waktu berpuasanya 21 jam.

Ikuti perkembangan bulan Ramadan bersama wartawan Astro AWANI, Izza Izelan yang berpuasa di London, United Kingdom.



Inisiatif yang dimulakan Omar Salha pada tahun 2013 ini, sudah memberi makan kepada lebih 60,000 orang sejak tahun pertama ia diasaskan sehingga kini.

Projek ‘open iftar’ yang diwujudkan di bawah payung “The Ramadan Tent Project” ini, memberi fokus untuk mengeratkan silaturahim tidak kira sama ada sesama umat Islam di London, mahupun bukan Islam dengan cara berbuka bersama.

Pada mulanya hanya London menjadi lokasi tunggal, namun pada tahun ini, melihatkan kepada sambutan yang cukup memberangsangkan, buat kali pertama ia dikembangkan ke bandar-bandar lain sekitar United Kingdom iaitu Manchester, Bradford dan Birmingham.

Projek ‘open iftar’ yang diwujudkan di bawah payung “The Ramadan Tent Project” ini, memberi fokus kepada mengeratkan silaturahim tidak kira sama ada sesama umat Islam di London, mahupun bukan Islam dengan cara berbuka bersama.

Inisiatif berbuka bersama ini mendapat sambutan termasuk di media sosial menerusi hashtag #openiftar dan turut diberi sokongan oleh Datuk Bandar London, Sadiq Khan yang sempat turut serta berbuka bersama orang ramai.



Memang diakui bagi yang tidak biasa berpuasa untuk jangka waktu yang lama, agak sukar terutama sekali pada beberapa hari pertama bulan Ramadan.

Namun bagi saya yang pertama kali berpuasa di perantauan, terubat sedikit kerinduan pada tanah air, kerana kemeriahan bulan Ramadan turut dirasai di Malaysia Hall, London.

Di sini, setiap malam sepanjang bulan Ramadan, juadah berbuka adalah percuma, ihsan sumbangan dari orang ramai.

Selain berbuka, rakyat Malaysia yang datang ke Malaysia Hall pada bulan Ramadan turut menunaikan solat Maghrib dan Tarawih secara berjemaah.

Menjelang bulan Syawal tidak lama lagi, pihak kedutaan Malaysia pada kebiasaanya akan mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi semua rakyat Malaysia yang berada di United Kingdom.