SATU entri yang dimuat naik ke rangkaian sosial terbesar di China, Weibo, mendedahkan bahawa syarikat pengeluar peralatan elektronik, perisian komputer dan telefon pintar, Apple bakal melancarkan iPhone mampu milik yang dinamakan iPhone XC.

Menerusi entri itu, Apple didakwa akan mengeluarkan tiga model iPhone terbaharu, dua daripadanya sudah diketahui ramai, iaitu, iPhone XS and iPhone XS Plus.

iPhone XC dikatakan ada kemungkinan nama baharu untuk iPhone 9, seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini.

BACA: Jemputan 12 September: iPhone X bakal dapat 'adik'?

Anggaran harganya ialah GBP599 atau sekitar RM3,200.

Antara ciri utama model tersebut, selain harganya yang lebih rendah daripada model iPhone lain, adalah skrin LCD bersaiz 6.1 inci.

Portal CNET pula melaporkan model itu mungkin akan menggunakan nama lain, iaitu iPhone XR.

Apple dijangka akan mengumumkan model terbaharu iPhone, awal pagi esok dalam satu acara yang berlangsung di California.