MENJELANG Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut beberapa hari lagi, anak-anak perantau khususnya tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan lebaran tahun ini.

Dalam keseronokan untuk pulang beraya, sudah tentu pelbagai persiapan telah dibuat termasuk membeli kelengkapan untuk beraya.

Namun, bayangkan jika barang-barang yang dibeli dan mahu dibawa pulang ke kampung itu tiba-tiba tertinggal atau terlupa untuk dimasukkan ke dalam beg pakaian, mesti kecewa bukan?

Tambah menyedihkan, jika barangan itu adalah untuk diberikan kepada orang yang tersayang.

Jadi, tidak kira di mana anda berada -- dalam negara mahupun luar negara -- ini panduan ringkas atau 'checklist' barang-barang penting yang anda perlu sediakan sebelum pulang berhari raya.

GAMBAR Astro AWANI

1. BEG PAKAIAN/BAGASI

Ini benda paling asas atau wajib untuk mereka yang mahu 'travel'. Apa yang anda perlu buat adalah sediakan beg pakaian yang bersesuaian untuk perjalanan pulang ke kampung.

Kebiasaannya, jangan bawa beg yang terlalu besar kerana ia mungkin memberi kesukaran kepada anda. Kita tidak mahu nanti bonet kereta anda tidak muat gara-gara saiz beg yang terlalu besar!


2. BAJU RAYA

Alamak! Jangan sampai tertinggal baju raya baharu nanti tak dapat nak bergaya sakan di pagi raya. Jadi, senaraikan pakaian-pakaian yang mahu dibawa dan boleh mula mengemas bagasi.

Jangan lupa bawa pakaian tambahan atau mengikut bilangan hari anda di kampung. Bukan apa, in case ada kecemasan, tidaklah anda membazir wang membeli pakaian baharu.

Kepada ibu-ibu, pakaian anak-anak dan si suami jangan terlupa pula, ya!


3. KUIH RAYA

Selain memasak kuih-muih tradisional untuk dihidang kepada tetamu, seronok juga kalau bawa balik buah tangan untuk keluarga.

Pasti lebih bermakna dapat berkongsi aneka kuih raya bersama saudara mara.

Dan jangan lupa rakamkan momen-momen indah itu dengan Huawei P30. Dengan tetapan ‘PRO’ gambar anda pasti persis jurufoto profesional!


4. TELEFON PINTAR

Boleh anda bayangkan hidup tanpa telefon pintar? Bagaimana anda mahu merakam detik-detik indah atau Outfit Of The Day (OOTD) di hari raya?

Jadi, dengan Huawei P30, raya akan lebih bermakna. Telefon pintar ini mampu bertahan sepanjang hari dengan sekali caj.

Sekiranya kehabisan bateri anda tidak perlu risau kerana sistem pengecasan SuperCharge 40W dan peranti dapat dicaj sehingga 70 peratus dalam masa 30 minit.

So, let's take a selfie!

GAMBAR Astro AWANI


5. KOMPUTER RIBA

Penat selepas seharian menjamu selera dan menziarahi saudara-mara? Kini, tiba masa untuk meluangkan masa menonton rancangan menarik sempena hari raya.

MateBook 13 antara pilihan yang paling tepat untuk dibawa pulang beraya kerana komputer riba ini sangat ringan dan nipis.

Selain itu, dengan 3:2 FullView Display dengan nisbah skrin ke kerangka hampir 90 peratus dan skrin beresolusi 2K, sudah pasti ia memberikan tontonan yang sangat jelas.

MateBook 13 ini sangat serasi jika digandingkan bersama Siri Huawei P30.

Bagai pinang dibelah dua!


6. BUKU

Tiada masa untuk membaca buku kegemaran anda kerana sibuk bekerja? Ini masanya.

Bawa ia pulang bersama anda dan mungkin anda boleh kongsikan kata-kata inspirasi dari buku tersebut kepada rakan-rakan pada hari raya.


7. ALAT SOLEK

Wanita dan alat solek memang tidak dapat dipisahkan dan pastinya kaum hawa mahu kelihatan cantik di pagi raya.

Bawa pulang alat-alat solek seperti foundation, gincu, pemerah pipi, krim sunblock, minyak wangi dan barangan asas yang lain. Nanti bila sudah berseri-seri, jangan lupa bergambar bersama keluarga.

Guna sahaja Huawei P30, pasti gambar kelihatan gempak.

Selain checklist di atas, anda juga boleh mempertimbangkan buah hati seperti siri P30 yang dapat mengambil gambar yang menakjubkan untuk saudara mara.

Sempena Hari Raya, HUAWEI mempunyai tawaran yang hebat! Pelanggan yang membeli peranti terpilih HUAWEI berpeluang menjadi salah seorang daripada 999 pemenang bertuah bagi memenangi HUAWEI M3 Lite.

Tawaran ini sah dari 3 Mei hingga 16 Jun 2019.

Klik di sini untuk maklumat lanjut. Selain itu, apabila anda membeli HUAWEI P30, anda juga akan mendapat satu sarung pengecasan tanpa wayar yang didatangkan dengan -Snorkeling Case- (sementara stok masih ada).

Tawaran ini hanya boleh didapati di kedai HUAWEI Experience atau kedai dalam talian rasmi di sini.

Jadi, jom jangan lepaskan peluang ini!