Cadangan kontroversi yang mengutarakan penumpang gemuk dikehendaki membayar surcaj tiket pesawat menjadi topik hangat perbualan seluruh dunia.

Ianya merupakan isu yang berlarutan dalam industri penerbangan. Apa yang menjadi perhatian ialah lebih muatan maka lebih bahan bakar diperlukan.

Terdapat pula sesetengah syarikat penerbangan yang meminta penumpang obes membayar harga tempat duduk ekstra sekiranya mereka tidak muat duduk di antara dua penyandar lengan, kajian itu mengulas pendapat ahli ekonomi Norway dan memantau debat di seluruh dunia berhubung kontroversi bahan bakar kepada penumpang obes.

Diterbitkan dalam Jurnal Pengurusan Pendapatan dan Harga, Bharat P. Bhatta dari sebuah kolej universiti di Norway menjelaskan kaedah pembayaran berdasarkan berat membantu kelangsungan syarikat penerbangan yang akhir-akhir ini tidak banyak mendapat untung dan dapat tampil dengan tambang yang lebih adil.

Memetik rencana yang diterbitkan dalam The Economist, pengurangan satu kilogram dalam pesawat dapat menjimatkan bahan bakar bernilai $USS3,000.

Jika penumpang boleh membayar beg lebih muatan, kenapa tidak kepada penumpang gemuk.

'Orang berbadan gemuk bayar lebih, yang berbadan langsing bayar kurang?'

Dalam kajiannya, Bhatta mencadangkan beberapa pendekatan: skim tiket per kilogram, surcaj seragam bagi penumpang gemuk dan diskaun bagi penumpang yang lebih ringan. Model ketiga di mana penumpang akan diklasifikasikan kepada tambang yang agak tinggi, sederhana dan rendah berdasarkan kepada berat badan.

Kajian itu turut mendapati pelaksanaan bayaran berdasarkan berat merupakan diskriminasi kepada penumpang gemuk.

Pada 2011, syarikat penerbangan Southwest menerima tamparan hebat apabila media mendedahkan terdapat penumpang obes diminta untuk membayar tempat duduk kedua kerana dia terlalu gemuk untuk terbang yang dianggarkan 240 ke 300 lbs (108 kg - 136 kg).

Buat masa ini, polisi saiz penumpang menyatakan penumpang akan dibekalkan tempat duduk tambahan jika tempat duduk kedua dan ketiga diperlukan.

Sementara itu, Air France menetapkan penumpang gemuk perlu membayar tempat duduk kedua dengan 25 peratus diskaun menerusi kabin ekonomi. Jika terdapat satu tempat duduk kosong, syarikat penerbangan akan memulangkan semula bayaran tadi.