DI MALAYSIA, jangka masa berpuasa adalah selama 13.5 jam sehari manakala di negara jiran seperti Jakarta, Indonesia jangka masanya hampir sama iaitu 13 jam.

Namun tahukah anda ada negara yang jangka waktu berpuasanya lebih 20 jam?

Di Nuuk, Greenland, misalnya jangka masa berpuasa adalah hingga 21 jam sehari.

Oleh kerana malamnya yang pendek, waktu Subuh di Greendland adalah sekitar jam 3:30 pagi dan waktu terbenam matahari adalah pada sekitar jam 8.10 malam.

Selain Nuuk, dua lokasi lain yang merekod jangka masa berpuasa paling lama ialah di Oslo, Norway dan Stockholm, Sweden iaitu 20 jam.

Ikuti perbandingan jangka waktu berpuasa di seluruh dunia.



puasa