Ketika ini, menjadi perbualan hangat apabila WonderLab memperkenalkan kaedah jualan baharu kepada peminat kecantikan. Buat pertama kali di Malaysia, anda kini boleh melanggan masker muka menerusi produk WonderDewi GOOODPlan.

Masker muka tersebut boleh dilanggani dalam pelan 14 dan 28 hari berdasarkan proses kitaran kulit yang mengambil masa 28 hari secara purata. Setiap pek mengandungi empat variasi masker muka, iaitu Dewi Hydro, Dewi Bright, Dewi Soothe dan Dewi Repair.

Ketua Pegawai Pelanggan CUCKOO Healthy Home, Toh Seng Lee, berkata, masker muka ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan berjerawat. Sambutan positif juga dapat dilihat apabila ia mencatatkan jualan memberangsangkan.

“Masker muka WonderDewi tidak mengandungi ramuan agresif dan dalam masa empat bulan, bermula Mei hingga Ogos 2020, lebih daripada 300,000 masker muka telah dijual di WonderLab.

“Kami juga berjaya mencatatkan satu masker muka dijual pada setiap 12 saat dan masker muka ini boleh didapati pada harga serendah RM4.82 sekeping,” katanya dalam satu kenyataan di sini.



Selain itu, buat mereka yang masih keliru memilih warna untuk bibir tampil menawan, DewiChic Lip Tint Mood Collection pilihan terbaik untuk anda!

Koleksi ini merangkumi 5 warna trendi dan setiap lip tint mempunyai nama tersendiri, iaitu feeling loved, feeling shy, feeling calm, feeling cool dan feeling hot.

Menurut Ketua Pengurus Jualan CUCKOO Healthy Home, Nur Ammelia Musa, berkata, koleksi Lip Tint ini merupakan produk kecantikan baharu dari WonderLab dan sekiranya ada yang berminat untuk menjadi agen jualan di bawah WonderLab, pelbagai insentif akan disediakan.

“Dengan slogan 'Tampilkan mood tercantik anda' lip tint ini juga tahan sepanjang hari, bibir lebih licin, mudah dicalit, tidak senang pudar dan tidak melekit.

“Kami juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang ingin menjadi agen di WonderLab, tidak kiralah pelajar, suri rumah atau mereka yang ingin membuat pendapatan sampingan.

"Kami mempunyai komisyen yang menarik, latihan dan bimbingan percuma, pendapatan pasif serta peluang kerjaya yang dapat membantu semua orang,” katanya dalam suatu kenyataan di sini.

Sehingga kini, WonderLab memiliki 17 Wonder Store di seluruh Malaysia dan bakal menghasilkan lebih banyak produk baharu selepas ini.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dari WonderLab atau ingin menjadi agen jualan di bawah WonderLab, boleh kunjungi Wonder Store berhampiran atau layari https://wonderlab.com.my/