Bagi mengekang dan mengawal kadar penyakit diabetes daripada terus meningkat di negara ini, pengeluar gula terbesar tempatan, Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) dan Institut Diabetes Negara (NADI) menyediakan perkhidmatan klinik bergerak.
‘Roadshow’ klinik bergerak ini akan diadakan di kawasan bandar dan luar bandar yang turut menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada orang awam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CSR, Victor Ng, perkhidmatan ini bukan sahaja bagi merawat mereka yang menghidap diabetes tetapi untuk meneruskan usaha agar rakyat negara ini mengamalkan gaya hidup sihat.
“Perkhidmatan yang disediakan ini bukanlah hanya sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kami tetapi untuk menggesa rakyat Malaysia untuk mengambil gula dalam kadar yang sederhana.
“Perkhidmatan ini juga adalah sebahagian daripada perancangan masa panjang kami untuk menggesa rakyat negara ini bertukar kepada gula perang,” jelasnya.
Malah menurut Pengerusi NADI, Profesor Datuk Dr Mustaffa Embong, perkhidmatan yang disediakan ini juga akan membantu orang ramai mengesan penyakit diabetes pada peringkat awal.
Sebelum ini 'roadshow' tersebut sudah dimulakan sejak April 2020 dan sudah menjelajah ke tujuh kawasan.
Bagaimanapun, susulan pandemik COVID-19 di negara ini, ia dihentikan sementara dan akan dimulakan semula pada Oktober 2020.
Majlis penyerahan kunci replika diadakan di ibu pejabat CSR di Batu Tiga, Shah Alam pada Rabu.
Astro Awani
Wed Jul 22 2020
Majlis penyerahan kunci replika diadakan di ibu pejabat CSR di Batu Tiga, Shah Alam pada Rabu.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
Perkhidmatan klinik bergerak kesan diabetes hasil kerjasama CSR, NADI
Roadshow klinik bergerak ini akan diadakan di kawasan bandar dan luar bandar yang turut menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada orang awam.