KISAH seorang lelaki bernama Akhtar Shamin yang berusia 21 tahun ini mungkin boleh menjadi inspirasi kepada mereka di luar sana.
Pernah memiliki berat badan mencecah 110 kilogram (kg), Shamin berusaha untuk mengubah penampilannya semenjak di bangku sekolah.
"Saya pernah alami detik hitam ketika di bangku sekolah kerana berat badan berlebihan. Dahulu, saya sering dibuli kerana mempunyai tubuh badan besar.
"Sampai pernah kena telanjang sebab dibuli rakan sebaya lain. Selepas itu, saya berusaha mengubah diri dan menjadi kurus, tetapi dalam cara yang tidak sihat.
"Saya mengalami anoreksia kerana memaksa diri untuk kurus dan tidak makan. Bayangkan, dari 110kg, saya turun sehingga 65kg tapi dengan cara yang salah.
"Saya menyertai sesi kaunseling untuk merawat anoreksia yang dialami dan bermula dari situ, saya mengubah kehidupan saya.
"Saya mula melibatkan diri dalam bidang kecergasan dan mula bersenam di gimnasium untuk mendapatkan tubuh badan sihat," katanya.
Semenjak itu, Shamin mula berjinak-jinak dengan aktiviti bina badan dan menyertai pertandingan badan cantik.
"Pencapaian tertinggi yang pernah saya dapat ialah apabila mendapat tempat sebagai juara keseluruhan untuk sebuah acara badan cantik antarabangsa di Singapura, tahun lalu.
"Semenjak melibatkan diri dengan bidang ini, saya tak menoleh ke belakang dan terus berusaha untuk memajukan diri," katanya yang ditemui di Kejohanan Badan Cantik Mr Sexy 2.0 2018 anjuran Fitness Inspire di Bandar Saujana Putra, baru-baru ini.
Pertandingan terbabit membabitkan tiga kategori iaitu atas 170 sentimeter, bawah 170 sentimeter, junior (bawah 23 tahun), Best Pose dan Champ of Champ Mr Sexy.
Shamin berjaya mengungguli kategori junior dan membawa pulang wang tunai RM3,000 manakala juara bawah 170 sentimeter diungguli oleh Syarul Mike Mahen yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM9999.99.
Juara atas 170 sentimeter diungguli oleh Muhd Ammar Afandi yang membawa pulang wang tunai RM9999.99 dan juara Champ of Champ Mr Sexy juga turut diraih oleh Syarul Mike Mahen yang membawa pulang wang tunai RM1,500.
Pertandingan yang membabitkan lebih 300 peserta itu diacarakan oleh Haziq Hussni dah Sharifah Shahirah manakala Anuar Zain, Syamel dan Syafiq Farhain memeriahkan acara dengn membuat persembahan.
Turut hadir adalah Pengarah Urusan Fitness And Health Inspire Sdn Bhd, Fahrulrazi Kassim.
Gempak
Sun Nov 25 2018
Akhtar membuktikan bahawa kesungguhan akan membawa hasil. - Astro Gempak
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Google pecat 28 pekerja protes perjanjian pengkomputeran awan dengan Israel
Google memecat 28 pekerja yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek gergasi teknologi bernilai US$1.2 bilion untuk membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel, Sputnik memetik laporan media AS pada Khamis.
Jepun dilanda gempa bumi, sembilan cedera
Sembilan orang dilaporkan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda barat daya Jepun, pada Khamis.
Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Melaka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri itu ditutup sepenuhnya pada Khamis.
SKMM sita telefon bimbit milik tiga individu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyita telefon bimbit milik ketiga-ketiga individu untuk memuat naik video bagi membantu siasatan.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
Bas langgar 11 kenderaan, dua cedera
Hilang kawalan akibat kegagalan brek dipercayai punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Batu Pahat, Johor.
Bekas juruteknik didakwa kali kedua
Seorang bekas juruteknik sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah melalui Facebook miliknya, Mac lepas.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas petang Khamis.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Pernah gemuk 110kg, sampai dibuli... Lelaki ini bangkit ubah diri!
Pernah memiliki berat badan mencecah 110 kilogram (kg), Shamin berusaha untuk mengubah penampilannya semenjak di bangku sekolah.