Pesta makanan dan kebudayaan, SAMA-SAMA yang berlangsung di Pasar Medan Kuala Lumpur pada Sabtu berjaya meraikan kepelbagaian dan keunikan komuniti di negara ini serta rantau Asia Tenggara.
Penganjur SAMA-SAMA Sarah Amer berkata, ia sekali gus menjadi platform yang mendedahkan warisan budaya malaysia terutamanya di mata dunia.
Katanya, acara itu memberi tumpuan khusus kepada penjualan dan bengkel makanan tradisional persembahan, seni lukis dan fabrik.
Ia disertai 22 penjual yang terdiri daripada badan komuniti, badan warisan dan kebudayaan serta peniaga makanan dan minuman.
Antara yang menarik katanya adalah penjualan makanan dari kaum Melayu, Cina India Peranakan, Melanau serta dari luar negara seperti Vietnam, Nepal, Thailand dan Indonesia.
Tambahnya lagi, kesemua penjual makanan yang terlibat pada kali ini adalah pilihannya bersama pasukannya.
"Saya memang suka makan, jadi kesemua penjual makanan yang terlibat hari ini adalah makanan dari restoran kegemaran yang saya cari sendiri.
"Kebanyakan penjual yang menyertai datang dari jauh seperti Semenyih dan Gombak," kata Sarah.
Selain itu daripada pesta makanan, terdapat juga bengkel memasak yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai kepada cara memasak masakan warisan seperti Nasi Ulam dan Kerabu Bok Mee.
Bagi salah seorang penjual makanan peranakan, Sarang Cookery, Christina Foo menyifatkan acara ini sebagai platform terbaik untuk pemasaran perniagaannya termasuk kedai makan, kelas memasak dan katering yang disediakan.
"Kami mahu orang ramai mengetahui makanan kami iaitu masakan peranakan. Kami baru membuka kedai kami 4 bulan lalu dan ini adalah peluang untuk kami beri pendedahan kepada orang ramai," kata Christina.
Terdapat juga pelbagai persembahan seperti Tarian India, Tarian Sarawak, Tarian Nepal, termasuk kumpulan pelarian koir kanak-kanak pelarian dari Burma dan lain-lain lagi.
Antara yang paling menarik pada acara ini juga adalah persembahan kontemporari Sape oleh Alena Murang yang berasal dari Kuching, Sarawak.
"Saya harap orang terhibur hari ini dan saya juga berharap orang ramai juga menyedari warisan yang kita ada di Malaysia dan di dunia.
"Sepertimana yang dapat dilihat, warisan kita yang sedia ada sudah semakin dilupakan. Saya harap orang ramai terutamanya orang muda boleh meneruskan warisan masing-masing," kata Alena.
Sementara itu, bagi pelukis batik yang sudah berkecimpung dalam industri itu selama 20 tahun, Sarimah Ahmad menyifatkan, acara ini boleh mengalakkan orang ramai untuk mengenali cara-cara menghasilkan batik.
"Sambutan acara hari ini amat mengalakkan. Walaupun ramai yang tidak tahu membuat batik, kami menyediakan cara mudah untuk mempelajari penghasilan batik.
Untuk hari ini, kita boleh buat melalui cara paling asas, sebagai cenderahati atau hiasan dan proses membuat batik sama dengan baju cuma perbezaannya adalah proses untuk mematikan warna," kata Sarimah.
Dalam pada itu, penganjur, Think City, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan kerjasama labDNA dan Yayasan Citi sebagai penaja berharap acara itu dapat diadakan lagi selepas ini kerana ia seiring hasrat untuk memanfaatkan ruang serta kawasan awam di Ibu Kota.
Dania Zainuddin
Sat Mar 19 2016
Cetusan idea sekumpulan arkitek dan sukarelawan dari Lab DNA, dengan kerjasama 'Think City' dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertujuan menjadikan Medan Pasar sebagai pusat meraikan kepelbagaian masakan, budaya dan komuniti.- Foto Bernama
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas Helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Pasaran buruh: Produktiviti tenaga kerja masih perlu dipertingkat
Kadar pengangguran telah menurun kepada paras sebelum wabak Covid-19 sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat 2023, namun, kadar pengangguran berasaskan kemahiran berada pada 37.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
MCMC nasihat tidak muat naik dan padam video
MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan rakaman video nahas dua helikopter TLDM.
Sambutan Hari TLDM ke-90 dibatal, diganti dengan tahlil
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan semua acara sambutan ulang tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadual bermula Jumaat ini dibatalkan susulan nahas dua helikopter yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Pesta 'SAMA-SAMA' di Medan Pasar promosi kepelbagaian budaya melalui makanan
Kawasan sekitar Medan Pasar pada Sabtu meriah dengan program 'SAMA-SAMA Food Fair'.