TOPIK ini bukan hal main-main. Bukan pula untuk sengaja bercakap tentang sesuatu yang secara umumnya dianggap menjijikkan. Namun, setiap sesuatu yang datangnya daripada tubuh manusia sebenarnya memberikan petanda tertentu.

Maka persoalannya di sini adalah... ada apa dengan najis?

Mungkin ramai dalam kalangan masyarakat kita kurang memberi perhatian terhadap isu ini tetapi sebenarnya ia amat penting kerana ia berhubung kait dengan aspek kesihatan.

Tidak kurang juga ada segelintir daripada kita amat malu dan sensitif untuk memulakan bicara mengenai isu najis malah ada yang hilang ‘mood’ apabila hal berkaitan dengan najis disebut atau dibangkitkan dalam perbualan.

Ada segelintir daripada kita amat malu dan sensitif ingin berbual mengenai najis.

Jadi, perlukah isu najis ini dibincangkan? Penting atau tidak? Kami tampilkan pakar akademik dalam bidang pemakanan serta pengamal perubatan berkaitan nutrisi dan diet untuk mengupas isu.

Najis digunakan dalam penyelidikan kesihatan

“Sekarang najis pun banyak digunakan untuk kajian bagi melihat penyakit kanser, tingkah laku, obesiti dan jantung. Ada bukti dan tanda-tanda awal tapi masih perlu melakukan penyelidikan secara menyeluruh,” kata Prof. Dr. Amin Ismail.

Kata Pakar Pemakanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkenaan, bentuk, warna dan bau najis pula bergantung pada pemakanan setiap individu jadi sudah tentu ia berbeza-beza.

Pakar Pemakanan Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Amin Ismail menjelaskan ciri-ciri najis bergantung pada pemakanan setiap individu.

“Dalam hal ini, nasihat saya jika rasa tak selesa, kena terus jumpa dengan doktor. Jangan assume (beranggapan) tiada apa-apa sebab ia berkaitan dengan perut kita,” katanya.

Jangan malu bicara mengenai najis

Menyokong fakta tersebut, Dietitian di Hospital Pakar KPJ Damansara, Farah Farhanah Hashim memberitahu, isu najis antara perkara yang sangat penting ditanya oleh doktor jika pesakit datang dan memaklumkan mengalami gejala sakit perut.

“Berak macam mana, najis bentuk macam mana, warna dan kekerapan berak antara soalan yang akan ditanya oleh doktor jika pesakit dating dan mengadu sakit perut.

Dietitian di Hospital Pakar KPJ Damansara, Farah Farhanah Hashim minta orang ramai tidak malu untuk berbicara mengenai najis.

“Jangan malu dengan benda ini sebab benda ini perkara biasa dan ia perlu diambil cakna sebab apa yang kita makan dan keluar ada kaitan,” katanya.

Jom kenali najis menerusi Carta Bristol:

Carta Bristol menggariskan tujuh jenis najis individu.