Tutup

Publika sekali lagi meraikan seni menerusi MAP Fest 2019

Publika sekali lagi meraikan seni menerusi MAP Fest 2019
Sehingga 14 April nanti, pelbagai pengisian yang menghiburkan dapat disertai sempena penganjuran MAP Fest yang kesembilan ini. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Gedung beli-belah Publika di ibu negara sekali lagi meraikan seni menerusi penganjuran MAP Fest 2019 yang menawarkan pelbagai program menarik bagi pengunjung.

Festival yang dianjur buat kali kesembilan itu bermula pada Sabtu, 30 Mac 2019 dan akan berlangsung selama dua minggu sehingga 14 April ini.

Lebih 50 acara membabitkan lebih 1,000 artis bakal menyerikan setiap program yang diadakan.

Menurut pihak Pengurusan, Peruncitan dan Aset Zahayu Shima Abd Samad, program kali ini tentunya mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding edisi sebelumnya.
“Ini adalah tahun yang kesembilan, dan kita akan libatkan mereka dari cabang-cabang kesenian berbeza.

"Jadi kita akan ada acara menarik seperti persembahan muzik daripada artis-artis terkenal, pelbagai pameran, tarian dan sebagainya. Kita juga mendapat sokongan dan penglibatan daripada syarikat-syarikat korporat yang lain yang turut sama menjayakan karnival kali ini," katanya ketika ditemui pada Isnin.
Pelbagai aksi menarik menanti pengunjung yang menyertai kemeriahan MAP Fest di Publika sepanjang dua minggu ini. - Astro AWANI

Hari ini juga turut diadakan sambutan Earth Hour di gedung tersebut sempena kempen yang disambut di seluruh dunia.

Pihak Publika juga memainkan peranannya dalam mendidik dan menyokong sambutan tersebut dengan memalapkan lampu di seluruh kompleks tersebut bermula 8.30 malam sehingga 9.30 malam, selain terdapat acara-acara lain seperti konsert dan sebagainya.

Turut menyahut seruan kempen itu adalah personaliti terkenal tanah air yang turut menjalankan perniagaan di gedung beli-belah terbabit, termasuk pelawak terkenal Harith Iskandar.

“Kita orang berniaga, jadi kita tahu tenaga elektrik yang digunakan untuk beroperasi. Jadi cuba kira berapa banyak kedai yang banyak menggunakan sumber tenaga setiap hari.

"Bayangkan setiap jam itu berapa banyak tenaga yang diguna. Jadi dengan sambutan Earth Hour ni kita gunakan satu jam itu sebagai tanda atau simbolik kepada usaha untuk menyelamatkan bumi ini," katanya.

Sambutan pada Sabtu itu turut diselang-seli dengan rentak unik menerusi persembahan muzik Green Beat Live, yang dijayakan pemain dram dan perkusi, Lewis Pragasam bersama kumpulannya.

Ia diikuti dengan persembahan dari platform streaming muzik JOOX yang Rasa Sayang Live Hour menampilkan Amir Hasan, Sissy Imann dan Aizat Amdan.

Pengunjung bioleh menikmati pelbagai persembahan muzik dan acara pentas lain di MAP Fest. - Astro AWANI


Tag: Cuba, air, konsert, beli belah, permainan, kanak-kanak, acara



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.