Perkembangan internet di Malaysia telah banyak memberi impak kepada rakyat Malaysia terutama dalam memberi akses informasi dan jaringan sosial.

Mengikut kajian, seramai 24 dari 32 juta rakyat Malaysia mempunyai alat peranti bersambung internet. Manakala, 1.8 juta rakyat Malaysia ialah isi rumah yang berbangsa Cina.

Google Malaysia membuat satu kajian berkaitan kandungan yang sering kali di akses oleh rakyat Malaysia di YouTube dan Google terutama sekali ketika perayaan Tahun Baru Cina.

Pada Januari sehingga Februari 2015, durasi tontonan di YouTube meningkat dari tahun ke tahun iaitu sebanyak 2.5 kali ganda.

Ketika perayaan Tahun Baru Cina, peratusan tontonan sedikit meningkat terutama pada waktu pagi di antara 5 petang sehingga 9 petang.

Antara kategori kandungan yang rakyat Malaysia sering cari di Google ialah ‘countdown’ tahun baru dengan membuat ucapan-ucapan tahun baru dalam bentuk e-Kad dan hantar kepada keluarga dan rakan terdekat.

Menarik lagi, membuat laman web atas talian dan menawarkan diskaun atau rebat tunai untuk pembelian tahun baru seperti promosi, beli belah atas talian dan lokasi pasar raya.

Seterusnya, memberi informasi berkaitan jenama, idea dan topik yang pengguna sedang cari bagi persediaan Tahun Baru Cina.