Lebih awal ibu bapa menyedari dan menerima hakikat bahawa anak mereka menghadapi masalah autisme, maka peluang bagi anak mereka menerima rawatan yang sesuai untuk menjalani kehidupan lebih baik adalah lebih cerah.
Dekan Fakulti Perubatan Tradisional dan Komplementari di Kolej Universiti Sains Perubatan Universiti Cyberjaya, Prof Madya Dr Ibrahim Usman Mhaisker berkata seawal usia 18 bulan, bayi perlu dibawa berjumpa pakar untuk rawatan jika mereka mempunyai apa-apa ketaknormalan dalam perkembangan.
"Dari situ, kita dapat melihat apa jenis ketaknormalan dalam tingkah laku mereka. Jika kita melihat sesuatu seperti lambat untuk bercakap dan berkomunikasi pada usia itu, kita perlu membawa mereka untuk pemeriksaan ke tahap lebih tinggi," kata beliau kepada Bernama pada Isnin.
Ibrahim berkata tiada kaedah kekal bagi mengubati autisme tetapi lebih awal ibu bapa membawa anak mereka untuk rawatan, ia dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan kanak-kanak dan membantu mereka melakukan dengan lebih baik dalam kehidupan mereka.
"Ia harus menggabungkan beberapa terapi atau pendekatan seperti ucapan, pekerjaan, tingkah laku atau terapi pembelajaran beserta beberapa bantuan ubat-ubatan seperti homeopati, Ayurveda dan kita telah melihat kanak-kanak ini mencapai perkembangan baik dalam kehidupan mereka melalui pendekatan ini. Kita boleh meningkatkan sehingga 90 peratus untuk perubahan dalam kehidupan mereka," kata beliau.
Beliau berkata kesedaran di negara-negara Asia mengenai autisme gtelah bertambah baik berbanding tahun-tahun lalu, namun stigma masih wujud untuk ibu bapa tampil ke hadapan dalam menangani anak mereka yang menghidap autisme.
"Di Amerika Syarikat, seorang dalam setiap 68 kanak-kanak menghidap autisme. Ia adalah tentang kesedaran. Mereka tidak seperti kita kerana mereka lebih terbuka untuk menerima kenyataan , hakikat bahawa mereka mempunyai anak yang menghadapi autisme.
Ibrahim berkata ada tanda-tanda dan gejala yang boleh membantu ibu bapa mengenal pasti sama ada anak mereka menghidap autisme seperti tidak ada interaksi sosial, tidak boleh berkomunikasi, tidak berinterasi melalui mata, dan tidak berinteraksi dengan orang lain termasuk keluarga dan rakan-rakan.
"Apabila kita bercakap dengan mereka tiada interasi melalui mata, mereka akan berada dalam dunia mereka sendiri, mereka senantiasa berada dalam keadaan terpisah dan tidak dapat berkomunikasi. Ini adalah masalah kognitif dan sukar untuk mereka memahami apa yang sebenarnya ita cuba menyatakan," katanya.
Dalam usaha mempromosikan kesedaran ibu bapa, fakultinya akan mengadakan Persidangan Penjagaan Kesihatan Integratif Antarabangsa Malaysia 2017 selama dua hari di Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya bermula pada 28 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 16 2017
Lebih awal ibu bapa membawa anak mereka untuk rawatan, ia dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan kanak-kanak. - Gambar hiasan
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Techno Mechanicus nama anak ketiga Elon Musk bersama Grimes
Kanak-kanak itu, yang umurnya tidak didedahkan kepada umum, dinamakan Techno Mechanicus dan dipanggil "Tau".
'Impian ayah meninggal dunia ketika bekerja untuk rakyat' - Anak Salahuddin
'Impian ayah meninggal dunia ketika bekerja untuk rakyat' - Anak sulung